Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
brainhave a good ~, cerdik, bijak, pintar; have (got) ~s, cerdik, bijak; have not much ~, tdk berapa /cerdik, bijak/; have /so., st/ on the ~, asyik berfikir ttg /sso, sst/; (song, tune, etc ), /terngiang(-ngiang), mengiang/ di kepalanya: he has money on the ~, dia asyik berfikir ttg wang; have the ~s /for st, to do st/, cukup pandai utk /sst, membuat sst/: does he have the ~s for the job?, adakah dia cukup pandai utk membuat kerja itu?; the ~s, a. mastermind, dalang: she was the ~s behind the robbery, dialah dalang perompakan itu; b. cleverest person in a group, orang yg paling /cerdik, bijak/; c. one who plans and organizes an undertaking, (orang yg) /merancang, merencanakan/: who was the ~s behind the dinner party?, siapakah yg merancang majlis makan malam itu?; the best ~s, cendekiawan, cerdik pandai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intelligentadj 1. having intelligence, cerdas; (to a high degree) cerdik, tajam akal; (of animal) cerdik, pandai: the dolphin is said to be an ~ animal, ikan lumba-lumba dikatakan sbg binatang yg cerdik; are there ~ life forms on Mars?, adakah terdapat makhluk-makhluk yg cerdas di planet Marikh?; an ~ boy, budak yg cerdik; 2. showing, reflecting intelligence, bijak; (of face, expression) cerdik: an ~ answer, jawapan yg bijak; he has an ~ face, dr mukanya, kita tahu dia cerdik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wisdom toothcut o’s wisdom teeth, (fig.) cerdik: he is young and has not yet cut his wisdom teeth, dia masih muda dan belum lagi cerdik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
punditn (often jocular) person of great learning and authority, cerdik pandai, pendeta: according to all the ~s, we are due for a recession, mengikut semua cerdik pandai, kita akan mengalami kemelesetan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dumbour ~ friends, ~ animals, binatang, haiwan; the ~ blonde, watak wanita yg kurang cerdik: she was tired of playing the ~ blonde, dia sudah bosan memegang watak wanita yg kurang cerdik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bright9. illustrious, glorious, gemilang: a ~ moment in the country’s history, saat gemilang dlm sejarah negara itu; 10. intelligent, clever, cerdik, pandai: a ~ boy, budak yg cerdik; 11. promising, cerah: his prospects are ~, harapannya cerah; the country has a ~ future, negara ini mempunyai masa depan yg cerah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grey mattern 1. greyish tissue of the brain and spinal cord, jirim kelabu; 2. ( colloq) intelligence, kecerdikan, cerdik: I think he’s lacking in ~, saya rasa dia kurang cerdik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brainyadj cerdik, pandai, bijak, pintar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unintelligentadj tdk cerdik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eggheadn (colloq ), (orang yg) /bijak, cerdik/ pandai, cendekiawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas