Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intelligent voice terminalpangkalan suara cerdikKejuruteraanTiadaPangkalan cerdik yang dikendalikan oleh suara manusia, dan perisiannya boleh atur cara pengguna.
witcerdikKesusasteraanTiadaTiada
intelligentsiacerdik pandai/inteligensiaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
intelligentsiacerdik pandaiSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah bahasa Inggerisnya yang berasal daripada perkataan Rusia yang bermaksud ahli cendekiawan yang melibatkan diri dalam politik seperti yang berlaku di Rusia pada abad ke-19. Selepas Revolusi Rusia, istilah ini mempunyai unsur Leninisme kerana telah digunakan oleh penyokong Lenin dalam komunikasi mereka. Sinonim inteligensia.
intelligentsiainteligensia; cerdik pandaiPendidikanTiadaTiada
pistachiokacang cerdikPentadbiran PerniagaanTiadaKacang berbentuk bujur kecil, kulitnya berwarna kelabu, isinya hijau muda, dibakar atau digoreng untuk koktel, desert, ais krim atau inti.
intelligentsiainteligensia; cerdik pandaiSosiologiTiadaTiada
intelligentsiainteligensia; cerdik pandaiSains PolitikTiadaTiada
intelligentsiainteligensia; cerdik pandaiSejarahTiadaTiada
smart cardkad cerdikKomputerTiadaTiada
123

Kembali ke atas