Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ré.wét] | چريويت

Definisi : /ceréwét/ ada sahaja yg tidak kena atau tidak memuaskan hatinya; suka berleter atau bersungut: Perempuan tua itu sudah nyanyuk serta terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerewet


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cerewet (ceréwét)1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, ber­sungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok­-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil­-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerewet/ceréwét/ ada sahaja yg tidak kena atau tidak memuaskan hatinya; suka berleter atau bersungut: Perempuan tua itu sudah nyanyuk serta terlalu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerewet/céréwét/ suka mencela itu dan ini; suka berleter atau bersungut: Perempuan tua itu sudah nyanyuk serta terlalu ~.Kamus Pelajar
hotiarKd, bp cerewet; banyak ~ cerewet sangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelatak IIcerewet, lidah panjang, banyak mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
mulut gapilcerewet atau suka menyampuk dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
gapil mulutcerewet atau suka menyampuk dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
kecerewetanperihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
leceh/lécéh/ 1 cerewet lagi rumit (bkn pekerjaan dsb): pekerjaan yg ~. 2 meleleh dan melekit (spt keadaan air gula, lilin cair). 3 sangat rendah (nilai atau mutunya); hina. meleceh mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua, majikan dll). melecehkan tidak mempedulikan; memandang rendah atau hina. peleceh orang yg suka bermuka-muka dgn ketua atau yg suka mengampu ketua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketus IIJk cerewet, bengis, pemarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas