Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1 tangkas dan giat; bertenaga: Sungguhpun sudah tua, ia masih ~. 2 pantas; cepat: Platun itu bergerak ~ apabila menerima arahan drpd Leftenan Ramli. 3 banyak melibatkan diri dlm kegiatan-kegiatan; aktif: Pasukan Bulan Sabit Merah sekolah itu sangat ~. mencergaskan menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alertcergasPendidikanTiadaTiada
vigourcergas; kecergasanPertanianTiadaTiada
fitspirationinspirasi cergasKesihatanTiada‘Fitspiration’ ialah akronim perkataan ‘fit’ dan ‘inspiration’ yang merujuk gambar atau perbuatan di dalam media sosial yang mendorong seseorang menjadi sihat dan bertenaga dengan saiz dan bentuk badan yang ideal.
e-Fite-cergasPendidikanTiadaTiada
vigorous reactiontindak balas cergasKimiaTiadaTiada
frischfrischMuzikTiada

 1. Gaya yng cergas dan rancak. 2. Gaya persembahan yang menonjolkan kesegaran dan keriangan dari segi perwatakan karya muzik.

passive ecotourismekopelancongan pasifPelanconganTiadaAktiviti ekopelancongan yang berasaskan aktiviti kurang cergas, seperti berjalan-jalan di laluan hutan.
dull childkanak-kanak lembamSosiologiTiadaKanak-kanak yang kemampuan mentalnya lembap, tidak cergas dan kurang cerdas, untuk memahami sesuatu.
dynamic convectionperolakan dinamikGeografiTiadaGerakan menegak perolakan udara-udara panas yang sangat cergas.
dynamic water levelaras air dinamikGeografiTiadaAras air yang turun naik dengan cergas melalui masa.
123

Kembali ke atas