Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita

Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bedtimen waktu tidur: ~ stories, cerita-cerita waktu tidur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bawdyadj /lucah, cabul/ serta lucu: ~ stories, cerita-cerita yg lucah serta lucu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retellvt menceritakan semula: English folktales retold in Malay, cerita-cerita rakyat Inggeris yg diceritakan semula dlm bahasa Malaysia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sob story n (colloq or derog) cerita sedih: don’t believe his sob stories, he’s quite well off, jangan percaya cerita-cerita sedihnya, dia itu senang orangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
macabreadj gruesome, connected with death, dahsyat dan /mengerikan, menggerunkan/: ~ tales of murder, cerita-cerita pembunuhan yg dahsyat dan mengerikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
funnyadj 1. causing amusement, comical, lucu, melucukan, menggelikan hati: ~ stories, cerita-cerita lucu; he looked so ~, dia kelihatan begitu lucu; 2. peculiar, strange, ganjil, aneh, pelik: a ~ thing happened to me today, satu hal aneh terjadi pd saya hari ini; he has a ~ attitude towards women, dia bersikap ganjil thdp perempuan; 3. (colloq) slightly unwell, tak sedap: I felt ~ after the drink, saya rasa tak sedap selepas minum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
story 1 7. suitable subject matter for this, cerita: we need an eye-catching ~ for the Sunday editions, kita memerlukan cerita-cerita yg menarik utk edisi hari Minggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
narratevt menceritakan, mengisahkan: the storyteller was good at narrating folktales, penglipur lara itu sangat pandai mengisahkan cerita-cerita rakyat; he ~d the events leading to the crime, dia mengisahkan peristiwa-peristiwa yg menyebabkan terjadinya jenayah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allurecvt (act.) memikat, menggoda; (pass.) terpikat, tergoda, tertawan: fables of mermaids alluring sailors to destruction, cerita-cerita dongeng yg mengisahkan bagaimana ikan duyung memikat pelaut ke arah kemusnahan; to be ~d by promises, terpikat dgn janji-janji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spread 3. make (st) widely known, menyebarkan: she’s been ~ing false stories about me, dia menyebarkan cerita-cerita palsu ttg saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas