Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ri.ta] | چريتا

Definisi : 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita

Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Kami sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku cerita yang mengumpulkan cerita-cerita daripada beberapa pelajar di sekolah PINTAR. Cerita-cerita dalam buku tersebut merupakan olahan pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar atau cerita teladan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain yang membacanya. Sasaran golongan pembaca adalah kanak-kanak dan remaja berusia 9-15 tahun. Kami bercadang untuk menerbitkan dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan telah melantik dua orang pengarang untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai penasihat bahasa bagi cerita yang diolah dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan khidmat semakan bahasa daripada DBP untuk menyemak cerita yang telah dikarang bagi memastikan tatabahasa dan olahan cerita digarap dengan baik agar objektif untuk memberi inspirasi kepada pembaca tercapai. Jadi boleh kami tahu dengan siapa kami boleh berhubung untuk perkara ini dan apakah langkah yang harus kami lakukan dalam mendapatkan khidmat semak bahasa oleh DBP. Kami boleh menghantar cerita contoh untuk dijadikan rujukan pihak DBP.Khidmat nasihat bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen melebihi 100 patah perkataan. Walau bagaimanapun DBP boleh membantu saudara mengenal pasti pegawai yang boleh melaksanakan tugasan tersebut di luar waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Puteri Aishah melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my.Lain-lain20.07.2012
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa?

Sdr. yang dihormati,

Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan  bantuan  kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan  maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Lain-lain02.10.2010
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
apakah yang dimaksudkan dengan adab? apakah yang dimaksudkan dengan kesusteraan melayu?adakah ia terdiri daripada cerita-cerita,pantun sahaja.boleh nyatakan apakah kompenan yang terdapat dalam kesusteraan melayu?

Adab mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan);

Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada akar kata 'susastera'. Perkataan ini berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit. 'Su' bermaksud indah, baik, lebih faedah. Manakala 'sastera' bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Oleh itu Kesusasteraan Melayu bermakna semua karya yang berkaitan dengan alam Melayu sama ada mengenai kosmologi atau pun kosmografi alam Melayu.

Kompenan dalam kesusasteraan ialah 1. Puisi 2. Cerpen, 3. Novel, 4. Drama.

Lain-lain26.03.2009
Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita

Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita.     

Tatabahasa15.04.2009
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian.Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL.  Lain-lain26.02.2008
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini.

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan.  Sila hantar karya anda ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak

 dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

 50460 Kuala Lumpur 

Lain-lain12.06.2010
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa?Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas