Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALDISS, BRIAN W.

Aldiss, Brian W. (1925– ), penulis dan

pengkritik fiksyen sains Inggeris. Dia menulis

cerita-cerita pendek, novel dan mengkritik karya

fiksyen sains. Antara bukunya termasuklah Space,

Time and Nathaniel (1957), Non-Stop (1958), The

Canopy of Time (1959), Hothouse (1962), The Hand-

Reared Boy (1970), novel-novel Helliconia sekitar

tahun 1980-an dan The Lurid Glare of the Comet

(1986).

UMUM 
POE, EDGAR ALLAN

Poe, Edgar Allan (1809–1849) adalah salah

seorang penyair Amerika yang terkemuka. Dia juga

adalah penulis cerita pendek dan pengkritik

kesusasteraan. “The Raven” adalah antara sajaknya

yang terkenal di dalam kesusasteraan Amerika dan

sebagai contoh karya yang menghantui kualiti

kebanyakan hasil kerja Poe. Melalui The Murders

in the Rue Morgue dan cerita-cerita pendek lain,

Poe menjadi pengasas kepada cerita misteri dan

detektif fiksyen. The Fall of the House of Usher , The

Masque of the Red Death dan cerita-cerita lain

menjadikan dia pelopor kepada simbolisme,

impresionisme dan seorang yang mempunyai cara

yang tersendiri dalam kesusasteraan moden. The

Poetic Principle, The Marginalia dan ulasannya

mengandungi prinsip-prinsip penting dalam

kritikan kesusasteraan yang mana bersama-sama

dengan puisi dan fiksyennya, ia dapat

mempengaruhi penulis-penulis selepasnya.

UMUM 
ROTH, PHILIP

Roth, Philip (1933– ) ialah novelis dan

pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima

banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang

dibuat secara terang, lucu dan kadangkala

menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan

keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat.

UMUM 
KIPLING, RUDYARD

Kipling, Rudyard (1865–1936) ialah penulis

novel, pemuisi dan penulis cerita pendek Inggeris

yang terkemuka. Dia menerima Hadiah Nobel

untuk bidang kesusasteraan pada tahun 1907, dan

merupakan penulis British yang pertama menerima

hadiah tersebut.

UMUM 
SARTRE, JEAN-PAUL

Sartre, Jean-Paul (1905–1980) ialah ahli falsafah

eksistentialis Perancis yang menyatakan ideanya

dalam banyak novel, drama, cerita pendek, dan

karya-karya teorinya.

UMUM 
KISAH

KISAH, majalah bulanan cerita pendek. Majalah ini diterbitkan di Jakarta pada bulan Julai 1953. Selain memuatkan cerita pendek, majalah ini juga memuatkan sajak, esei dan kritik. Majalah ini memberikan hadiah untuk cerpen yang diterbitkan setiap tahun. H.B Jassin pernah membukukan 13 cerpen yang dimuatkan dalam majalah ini dengan jdul kisah: 13 Cerita Pendek (1955).

SASTERAPenerbitan
ORANG-ORANG BLOOMINGTON

ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan.

SASTERAPenerbitan
ARCHIBALD, JULES FRANCOIS

Archibald, Jules Francois (1856–1919), banyak

menyumbang terhadap perkembangan sastera dan

seni di Australia. Pada tahun 1880, dia membantu

mengasaskan The Bulletin . Dia menjadi ketua

pengarang The Bulletin selama lebih 16 tahun.

Archibald menggalakkan penulis tempatan menulis

cerita pendek dan balada untuk majalah tersebut.

Dia pernah mengumpulkan sekumpulan penulis

muda, seperti Henry Lawson dan Banjo Paterson.

Dia memberikan mereka bantuan dan sokongan.

Archibald juga membantu mengasaskan majalah

The Lone Hand . Kemudian, dia menjadi ketua

pengarang sastera untuk majalah Smith’s Weekly .

Dia mengeluarkan peruntukan untuk anugerah seni

tahunan yang dipanggil Hadiah Archibald. Namanya

yang sebenar ialah John Feltham Archibald. Dia lahir

di Kildare, Australia.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
CERITA JENAKA

CERITA JENAKA, sekumpulan cerita yang terdapat dalam kelompok besar cerita rakyat dalam tradisi lisan Melayu yang  mempunyai unsur lucu. Kelompok cerita jenaka terdiri daripada beberapa cerita pendek, yang mengandungi satu episod mengenai satu watak tertentu sahaja.

SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas