Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah ada sengkang (-) di antara berjimat dan cermat bagi perkataan berjimat cermat ? berjimat cermat atau berjimat-cermat ?Ejaannya ialah berjimat cermat.Ejaan26.08.2014
berjimat cermat / berjimat-cermat

Saudara,

Ejaannya ialah berjimat cermat.

Ejaan17.03.2010
Yang manakah betul? 1. berjimat cermat atau berjimat-cermat? 2. nyamuk Aedes atau aedes?Ejaannya ialah berjimat cermat.
Ejaannya ialah nyamuk Aedes
Ejaan08.10.2018
tolong semak penggunaan ayat yang mana satu adalah betul. 1)Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat. 2)Hakimi mewarna lukisan itu dengan cermat. 3)Hakimi mewarna dengan cermat. 4)Hakimi mewarnakan dengan cermat lukisan itu. sekian, terima kasih.Apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa. Maka ayat yang paling betul ialah Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat.Tatabahasa05.05.2016
Nur'ain Iman Oct 7th, 10:32am Salam sejahtera. Saya ada pertanyaan. Mengenai kata ganda Berjimat cermat atau berjimat-cermat?Ejaan yang betul ialah berjimat cermat.Ejaan07.10.2014
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa29.04.2012
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
123456

Kembali ke atas