Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keada­an lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan se­suatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pe­lajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasang­kan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : ; ~ batu sj tumbuhan (herba), Pentasacme caudatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1. sj ikan laut, caping, sagai, Caranx carangus; 2. sj ikan laut, betek, rambai, Caranx armatus; 3. sj ikan laut, ebek, rambai landih, sagai, Caranx gallus (Alectis indica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cer.min] | چرمين

Definisi : beberapa jenis ikan laut, Caranx spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Sapu tangan simpul pulih;
Nampak bayang dalam cermin,
     Hendak dibawa tidak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Datar bak lantai papan,
     licin bak dinding cermin.

Bermaksud :

Keputusan yang sangat adil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah padanan istilah fasa cermin atau tahap cermin bagi istilah "mirror stage" sesuai digunakan ? Ini adalah sebuah teori daripada sarjana psikoanalisis, Jacques Lacan untuk menerangkan proses awal perkembangan identiti kanak-kanak. Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mirror stage ialah fasa cermin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.07.2023
CERMIN MATA BELI 1 PERCUMA 1 .Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain26.08.2016
penjodoh bilangan untuk cermin mataPenjodoh bilangan untuk cermin mata ialah sepasang jika jumlahnya satu. Jika jumlahnya lebih bdaripada satu, perkataan 'pasang' hendaklah didahului dengan jumlah cermin mata. Contoh : tiga pasang atau lima pasang.Lain-lain28.04.2010
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan.Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain".Tatabahasa23.09.2014
Apakah penjodoh bilangan bagi cermin mataPenjodoh bilangan untuk cermin mata ialah pasang. Contohnya ialah sepasang, dua pasang. Harap maklum.Tatabahasa01.08.2008
Ali mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain yang basah atau lembap? Manakah yang tepat? Terima kasih.Ayat yang gramatis, Ali mengelap cermin dengan sehelai kain lembap.Tatabahasa06.12.2012
Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul?Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
Adakah "Tinted Glass" sesuai diterjemahkan sebagai "Kaca Gelap"? Atau "Kaca Tinta"? Atau ada yang lebih sesuai? Mohon penjelasan.Kami mencadangkan "tinted glass" diterjemahkan sebagai "cermin berwarna sedikit", atau "kaca/cermin filem penapis haba". Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. Istilah01.09.2021
Salam sejahtera, Adakah "countertop" boleh diterjemahkan kepada "meja kaunter"? "Countertop" ialah dapur gas moden untuk memasak yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas. Jika tidak, mohon cadangan bernas dari pihak DBP. Terima kasih.Dapur gas moden yang mempunyai permukaan seperti cermin di atas disebut sebagai “cooktop”. Kami mencadangkan dapur para untuk padanan bahasa Melayu bagi “cooktop“.Istilah25.02.2019
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut.Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa:

i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.”

ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.”

Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.

Tatabahasa21.04.2024
1234

Kembali ke atas