Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ru.cu/] | چروچوق

Definisi : 1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; mencerucuk menanam cerucuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ru.cu/] | چروچوق

Definisi : pancang kayu, konkrit atau besi yg ditanam dlm tanah utk dijadikan asas sesuatu bangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerucuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Injection pile dalam bahasa melayuCadangan padanan bagi istilah injection pile dalam bahasa Melayu ialah cerucuk suntikan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.01.2024
1. Apakah padanan terjemahan yang tepat bagi istilah “piling machine”? 2. Apakah padanan terjemahan yang tepat bagi istilah “high voltage power line”? Sama ada istilah yang sesuai ialah “talian kuasa voltan tinggi”, “talian elektrik voltan tingi”, “talian kuasa bervoltan tinggi” atau “talian elektrik bervoltan tinggi? Konteks ayat adalah seperti berikut: “Working environment which involves electricity at high voltage power line.”Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "piling machine" ialah mesin cerucuk manakala "high voltage power line" ialah talian kuasa elektrik voltan tinggiMakna08.07.2021
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022

Kembali ke atas