Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.run] | چرون

Definisi : 1. curam, terjal; 2. lereng bukit (tebing dll) yg curam: di ~ bukit di Mysore, terdapat kebun kopi yg luas; bercerun mempunyai cerun; kecerunan keadaan cerun (curam, terjal), keterjalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
ALDER

Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira

30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang

didapati di kawasan sederhana bahagian utara

dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch

dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga

betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing),

yang membesar menjadi kon yang keras seperti

kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi

biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya

tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk.

Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan

pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder

membentuk belukar yang tebal di kawasan

berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya

ditemui di tepi tasik dan sungai.

UMUM 
TEBAR LAYARDinding atau penutup bahagian hujung bumbung cerun pada sesebuah bangunan.KEJURUTERAANAlat/Alatan
SUDETENLAND

Sudetenland ialah satu kawasan yang terletak di

cerun Pergunungan Sudeten. Ia terletak di Republik

Czech, bersempadan dengan Bohemia, Moravia, dan

Jerman. Pada suatu ketika dahulu, ramai orang

Jerman yang tinggal di Sudetenland. Perjanjian

Versailles dan St. Germain pada tahun 1919

menjadikan kawasan tersebut sebahagian daripada

Czechoslovakia masa kini. Perjanjian Munich pada

tahun 1938 menyerahkan kawasan tersebut dengan

kawasan Czech yang lainnya kepada Jerman (lihat

Perjanjian Munich). Pada tahun 1945, pihak Berikat

mengembalikan semula Sudetenland kepada

Czechoslovakia, dan penduduk Jerman disingkir dan

digantikan dengan penduduk Czech dan Slovak. Pada

tahun 1992, Czechoslovakia tidak lagi wujud dan

negara-negara merdeka di Republik Czech dan

Slovakia diwujudkan untuk menggantikannya.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
DELPHI

Delphi ialah sebuah bandar yang terletak

di kawasan cerun di sebelah selatan Gunung

Parnassus. Bandar ini mempunyai tempat suci

agama yang tertua dan berpengaruh di Yunani.

Ia terletak di daerah Phocis.

UMUM 
MEGHALAYA

Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia.

UMUM 
SUNGAI LENA

Sungai Lena ialah jalan air utama di sebuah daerah

besar di timur Siberia. Sungai ini bermula di cerun

Pergunungan Baikal dan mengalir ke timur laut

sejauh 4400 kilometer. Sungai ini mengalir masuk ke

Lautan Artik melalui Laut Laptev. Delta sungai ini kira-kira

402 kilometer lebar. Kapal dapat memudiki

sungai ini sejauh 3200 kilometer.

UMUM 
SUNGAI BRAHMAPUTRA

Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang

jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca

dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah

mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut

India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges

(Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges.

Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di

Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo.

UMUM 
PINGGIR BENUAZon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
123

Kembali ke atas