Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : 1. (buku, majalah, dll) yg dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yg dicetak, hasil mencetak (kain dll): ~ yg pertama buku itu ialah dgn huruf jawi; 2. acuan (kuih dll); 3. ki sesuatu yg sudah dibentuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : acuan (utk membuat kuih dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : apa-apa yg dicetak (buku dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
https://drive.google.com/open?id=1tp1YzCc5Z2LEsQG7FW5OioRfpyGRZxMnUntuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan.Lain-lain02.12.2018
Peringatan ini adalah cetakan komputer atau Peringatan ini ialah cetakan komputer?Ayat yang betul ialah "Peringatan ini ialah cetakan berkomputer"Lain-lain05.07.2023
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini?Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini.Lain-lain14.01.2013
bagaimana cetakan sijil : dbp/kpb/201311/02398Untuk mencetak sijil, sila masuk semula sistem dan klik pada nombor pengesahan, iaitu DBP/KPB/201311/02398. Sijil akan dipaparkan dan boleh dicetak.Lain-lain06.06.2014
Contoh Ayat: Cetakan ini mengandungi sepuluh muka surat di Bahagian Pertama berkaitan dengan pendidikan. soalan: adakah perlu menggunakan huruf besar pada huruf B dan P di perkataan Bahagian Pertama? terima kasih.Perkataan "bahagian pertama" tidak perlu dieja dengan huruf besar.Ejaan24.04.2021
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian.Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan.Lain-lain02.12.2018
Dftar kata bahasa melayu: Rumi-sebutan jawi terbitan 2001 adalah cetakan ke berapa??Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan 2001 merupakan cetakan pertama. Lain-lain12.03.2010
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)?Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. Tatabahasa11.02.2011
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru.Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat.Lain-lain20.07.2009
BLUEPRINT(i) CETAKAN BIRU (ii) RANGKA TINDAKANIstilah30.03.2011
1234567

Kembali ke atas