Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : 1. (buku, majalah, dll) yg dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yg dicetak, hasil mencetak (kain dll): ~ yg pertama buku itu ialah dgn huruf jawi; 2. acuan (kuih dll); 3. ki sesuatu yg sudah dibentuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : acuan (utk membuat kuih dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cé.ta.kan]/[cé.ta/.kan] | چيتقن

Definisi : apa-apa yg dicetak (buku dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
specimen copynaskhah contohKomunikasiKorporatSebarang bentuk hasil karya yang digunakan sebagai contoh penerbitan atau cetakan untuk dinilai sebelum cetakan dan penerbitan akhir diluluskan. Naskhah ini juga digunakan sebagai contoh bagi mewakili penerbitan atau cetakan sebenar. Naskhah contoh diperlukan bagi tujuan penilaian akhir mutu penerbitan sebelum cetakan akhir dilakukan atau sebelum diedarkan. Selain itu, naskhah contoh juga digunakan sebagai bahan peragaan dan hadiah. Naskhah contoh turut diperlukan untuk penilaian kesesuaian penggunaannya sebelum cetakan tambahan dilakukan bagi memenuhi permintaan khalayak. Kerja penilaian dan penggunaan naskhah ini biasanya diselaraskan oleh bahagian perhubungan korporat atau perhubungan awam. Penerbitan dan pengedaran bahan ini terkawal dan ditanda sebagai naskhah contoh.
mixed printingcetakan campurPentadbiran PerniagaanTiadaCetakan setem yang menggunakan lebih daripada satu proses cetakan.
screen printingcetakan kasaKomunikasiTiadaCetakan yang dihasilkan dengan cara membuat lubang pada bahagian yang hendak dicetak mengikut imej yang diperlukan. Cetakan ini boleh dibuat di atas pelbagai bahan dan permukaan.
station loglog stesenKomunikasiKorporatDaftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Sesebuah stesen penyiaran akan menyiarkan rancangan kerjasama secara bergilir-gilir dengan menggunakan saluran stesen masing-masing. Oleh itu, setiap petugas di stesen berkenaan perlu jelas dengan pertukaran masa siaran di saluran masing-masing dengan merujuk kepada daftar log siaran tersebut.
blueprintcetakan biruKesenianTiada2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek.
blueprintcetakan biruKesenianTiada2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek.
anopisthographic printcetakan sebelahPerpustakaanTiadaCetakan buku blok terawal yang menggunakan dakwat tulisan yang cetakannya hanya pada bahagian sebelah muka surat sahaja.
bidirectional printingcetakan dwihalaPentadbiran PerniagaanTiadaProses cetakan dua hala.
original printscetakan asliKesenianTiadaPrin atau cetakan yang imej pada platnya ditentukan oleh pelukis itu sendiri dan selalunya terdapat tanda tangan pelukis berkenaan.
anastatic printingcetakan anastatikPerpustakaanTiadaProses atau kaedah memperoleh cetakan faksimile daripada sebarang corak atau reka bentuk bercetak atau ukiran dengan memindahkannya kepada plat zink.
12345678910...

Kembali ke atas