Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.tu.san] | چتوسن

Definisi : 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jel­maan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.tu.san] | چتوسن

Definisi : , = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
antara ayat 'daripada cetusan ilham YB Dato...' dan 'dari cetusan ilham YB Dato..' yg mana betul penggunaan dari/daripada?Jawapan yang betul ialah ' daripada cetusan ilham YB dato.... harap maklum.Tatabahasa22.07.2007
ES BAHARU CETUSAN PERUBAHAN CHANGE THE GAMEPenggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain10.08.2015
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain22.10.2009
Cabaran dan tantangan terhadap bahasa Melayu dalam arus teknologi masa kini amat mencabar. Mohon pandangan dan pendapat tuan/puan bagaimanakah atau apakah langkah yang boleh/perlu diambil dalam usaha untuk membuanakan persuratan Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi moden masa kini dan masa hadapan? Bagaimana aplikasi seperti facebook, twitter, youtube, web TV DBP dpt membantu dlm hal ini? Bagaimana perancangan E-BUana, E-Pendeta dan lain-lain pula? Mohon maklum bls pihak tuan/puan. Terima kasih.Pada pandangan saya, semua bahasa menghadapi cabaran yang sama ekoran cetusan teknologi maklumat. Dalam konteks bahasa Melayu, pastinya lebih mencabar dan membimbangkan. Suka atau tidak, kita sebagai pendukung bahasa Melayu perlu menghadapi situasi tersebut dengan mengambil peluang menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dengan menggunakan medium baharu, khususnya media sosial. Oleh sebab itu, segala saluran media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya perlu dimanfaatkan bagi memastikan bahasa Melayu terus segar dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan zaman untuk menjadi bahasa moden, bahasa ilmu, dan bahasa budaya tinggi. Peringkat pembinaan ini sudah dimulakan DBP sejak beberapa dekad lalu dan akan berterusan selagi bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara. Usaha pembinaan bahasa Melayu oleh DBP sentiasa disemarakkan, terutamanya dalam bidang sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan sebutan, dan laras Bahasa.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain13.03.2018
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu  Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah  mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti  kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.  Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz.

Tatabahasa20.06.2018

Kembali ke atas