Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.tu.san] | چتوسن

Definisi : 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jel­maan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.tu.san] | چتوسن

Definisi : , = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUSUHANRusuhan ialah cetusan kekacauan yang ganas
dan bising oleh sekumpulan manusia. Perusuh
kerap kali mencederakan orang lain dan
memusnahkan harta benda. Merusuh atau
menggalakkan orang awam supaya merusuh
merupakan suatu jenayah di kebanyakan negara.
Walau bagaimanapun, takrifan undang-undang
yang tepat mengenai rusuhan berbeza dari satu
tempat ke satu tempat.
UMUMUmum
KERETA API KAYU JOHOR

KERETA API KAYU JOHOR, landasan kereta api pertama digunakan di Semenanjung Tanah Melayu.  Pembinaan landasan kereta api itu adalah cetusan idea Sultan Abu Bakar, Sultan Johor (mm. 1862-1895). Baginda berminat dengan sistem kereta api ketika melawat England. Pembinaan bermula pada tahun 1869 dan menjelang ta­hun 1877, walaupun landasan kereta api belum siap, projek itu terpaksa ditinggalkan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKenderaan/Pengangkutan
LAZUARDI ANWAR

LAZUARDI ANWAR (1937-    ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1937 di Pauh, Pariaman, Minangkabau, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama pena termasuklah Dyafanusa, Heni Fitria, Ade Mirsalino dan Yahendra. Dia mendapat pendidikan di sekolah rakyat, sekolah menengah pertama, kemudian di Sekolah Menengah Atas Negeri II A – C di Pematang Siantar, Sumatera Utara hingga tamat pada tahun 1961. Sewaktu di SMA, dia menubuhkan ‘akhbar dinding’ Cetusan Pelajar.

SASTERATokoh

Kembali ke atas