Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci] | چي

Definisi : ukuran berat sebanyak 1/8 tahil atau 3.78 gram (bagi menimbang candu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci] | چي

Definisi : (Sunda) sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci] | چي

Definisi : sr 1. Kd kata utk memanggil gajah; 2. Kl kata utk menyuruh lembu (kerbau) berjalan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci] | چي

Definisi : ukuran berat yg beratnya bersamaan dgn tahil (utk menyukat madat, susu getah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ci


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "Competitive intelligence (CI) gathering" sesuai diterjemahkan kepada "Pengumpulan Risikan Saingan (CI)"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cadangan terjemahan pengumpulan risikan saingan boleh diterima sebagai padanan competitive intelligence gathering.

Penyemakan dan penterjemahan24.11.2018
Saya ingin tahu yang manakah betul sekiranya saya ingin memecahkan suku kata untuk perkataan-perkataan berikut: (perkataan-perkataan berikut akan diajar kepada budak-budak prasekolah) 1) ra.di.o ATAU ra.dio 2) ci.um ATAU cium 3) pe.ri.uk ATAU pe.riuk 4) ti.ung ATAU tiung 5) ti.up ATAU tiup 6) di.a ATAU dia 7) du.ri.an ATAU du.rian 8) si.a.pa ATAU sia.pa 9) a.ir ATAU air 10) ba.u ATAU bau 11) da.un ATUA daun Terima Kasih

Pemecahan (pemenggalan) suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemecahan sebutan). Pemecahan suku kata bagi senarai yang tuan berikan adalah seperti yang berikut:

(1)  ra.di.o

(2)  ci.um

(3)  pe.ri.uk

(4)  ti.ung

(5)  ti.up

(6)  di.a

(7)  du.ri.an

(8)  si.a.pa

(9)  a.ir

(10) ba.u

(11) da.un

Sila rujuk Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, DBP.

Tatabahasa13.08.2014
Ketepatan suku kata bagi kata "cium". Jika perkataan "mengecium" dilihat dari aspek tatabahasa sahih penggunaannya, mengapa tidak dimuatkan dalam kamus terbaharu?Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata terbitan yang betula ialah mencium sama seperti kata mencuit dan menciut. Hal ini betul kerana kata cium apabila dipenggalkan menjadi ci.um (2 suku kata) tetapi disebut (cium).Tatabahasa08.07.2011
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya mempunyai beberapa persoalan yang saya harap boleh dijawab oleh pihak DBP: 1) Apakah perbezaan antara siswa/siswi dan mahasiswa dan mahasiswi? Jikalau kedua - duanya mempunyai makna yang sama, bolehkah saya guna istilah - istilah tersebut secara bertukar ganti? 2) Mengapakah "South China Sea" diterjemahkan sebagai "Laut *China* Selatan" dan bukannya "Laut *Cina* Selatan"? Sama juga dengan istilah - istilah lain seperti Tembok Besar China dan Tanah Besar China. Memandangkan kita mengguna cara ejaan China, apakah cara sebutannya? "Cai-na" seperti yang disebut penutur bahasa Inggeris atau "Ci-na" seperti yang disebut orang tempatan? Terima kasih didahulukan.1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, siswa bermaksud  penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Siswi pula bermaksud siswa perempuan.
2. Ejaan yang betul ialah Laut China Selatan, Tembok Besar Cina dan Tanah Besar China. Ejaan "China" dikekalkan kerana "China"  ialah nama khas negara. Sebutan yang betul ialah "Ci-na".
Makna14.07.2016
Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara

DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta.

Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html">http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Lain-lain29.07.2008

Kembali ke atas