Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ca/] | چيچق

Definisi : sj reptilia kecil (badan dan ekornya pan­jang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.; ~ kubin a) sj reptilia, Draco volans; b) ki (orang yg) sangat kurus; ~ terbang sj reptilia, Ptychozoon kuhli; spt ~ makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ca/] | چيچق

Definisi : binatang reptilia yg bentuk badannya seakan-akan biawak tetapi jauh lebih kecil (biasa terdapat di dlm rumah), Hemidactylus spp.. ~ kubin a. nama sj binatang reptilia, Draco volans. b. ki orang yg sangat kurus. ~ terbang nama sj binatang reptilia, Ptychozoon kuhli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cicak

Puisi
 

Anak cicak Kuala Selambah,
     Kuala Selambah molek pagi;
Abang minta adik tak ambuh,
     Adik malas berlaki lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti cicak makan kapur.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cicakcicakKerisTiadaBentuk ganja seperti seekor cicak.
kepala cicakkepala cicakKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk kepala cicak, lazimnya terdapat pada puncak tebar layar rumah.
kepala cicakkepala cicakKerisTiadaBahagian ganja yang terletak di hujung leher.
grey bamboo sharkyu cicak gempalPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemiscylliidae, spesies Chiloscyllium griseum, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Yu cicak gempal berwarna coklat kekuningan atau kelabu keperangan di bahagian atas dan kuning keputih-putihan di bahagian bawah. Ikan ini mempunyai dua sirip dorsal tanpa spina dan mulut yang pendek di bahagian depan mata serta muncung yang bulat. Ikan ini mendiami kawasan air yang cetek, berterumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai.
aggressive behaviourlakuan agresifBiologiEkologiLakuan menggertak yang dilakukan oleh seseekor haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan kepada haiwan lain yang cuba memasuki kawasan yang berkenaan. Misalnya, lakuan menggertak yang ditunjukkan oleh cicak Gecko kepada cicak lain.
lizardcicakFizikTiadaTiada
lizardcicakPertanianTiadaTiada
lizardcicak; kekudaPerhutananTiadaTiada
LacertaLacerta (Cicak)MatematikTiadaBuruj kecil di hemisfera utara yang tidak jelas kelihatan berhampiran dengan Cygnus dan sebahagian daripadanya terletak dalam Bimasakti. Bintangnya yang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat.
house gecko (Hemidactylus frenatus)cicak (Hemidactylus frenatus)PertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas