Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi kecik (kecil): pak ~ a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkah­win atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn tahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2 kep kecil: pak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cik

Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(183)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya.1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan                                                                        2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul  (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah                             3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul.                                                                                                             4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul       (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya.Tatabahasa23.07.2008
Adakah kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri?Kata panggilan seperti pak cik, mak cik, kak ngah, ayah, ibu dan adik tergolong dalam kata ganti nama diri yang digunakan dalam konteks tidak rasmi. Dalam suasana rasmi hendaklah digunakan kata ganti nama diri "saya".Tatabahasa23.05.2014
Apakah perbezaan antara makcik dan mak cik? Bagaimana hendak menulis mak cik bagi seseorang budak yang bernama Anis.( makcik Anis atau mak cik Anis atau Mak Cik Anis)? Kalau wanita itu bernama Susi, panggilan untuk nya ialah Mak Cik Susi atau Makcik Susi?

Ejaan yang betul ialah mak cik. Mak Cik Ani. Mak Cik Susi.

Ejaan12.12.2023
Wujudkah kata ganda untuk perkataan berikut: i) mak cik ii) pak cik Difahamkan kedua perkataan tersebut harus dieja seperti yang tertera di atas. Jika wujudnya kata ganda, adakah ia akan dicantumkan seperti contoh; makcik-makcik & pakcik-pakcik? Terima kasih.Mak cik dan pak cik lazimnya ditemukan dalam wacana tidak rasmi kerana dalam bentuk rasmi penggunaan yang betul ialah ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun sekiranya ada keperluan untuk menggandakan perkataan tersebut, ejaan yang betul ialah pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik.Ejaan10.03.2020
bagaimanakah penggunaan huruf besar bagi : (i) cth : mak cik siti ( adakah Mak cik Siti atau Mak Cik Siti ?) (ii) Bolehkan saya mendapat set penggunaan kata majmuk seperti : tengahari atau tengah hari keretapi atau kerata api terima kasihEjaan yang betul ialah: mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas). Kata majmuk (dalam bentuk tunggal) dieja dua perkataan kecuali ada beberapa perkataan yang telah mantap dan diseja sebagai satu perkataan, antaranya: suruhanjaya, warganegara, olahraga, kerjasama, tandatangan, matahari, setiausaha, antarabangsa, jawatankuasa, kakitangan, pesuruhjaya, tanggungjawab, bumiputera, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa16.01.2010
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan.Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali.Makna19.09.2009
Hi Tuan dan Puan, saya ingin bertanyakan perkataan "Pakcik". Perkataan Pakcik ditulis sebagai " Pak Cik" @ "Pakcik". Pak dan Cik perlu dipisahkan? dan Cik perlu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih dan berharap akan mendapat jawapan daripada Tuan dan Puan secepat mungkin.Ejaan yang betul ialah pak cik (dua perkataan dan huruf kecil) dan apabila menjadi kata nama dieja dengan huruf besar seperti Pak Cik Ahmad.Ejaan12.07.2011
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ?Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik FarhanEjaan16.03.2013
Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh?Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh...Ejaan25.07.2013
Tuan, kata sapaan seperti mak cik, pak cik, abang, kakak dan adik kerap kedengaran digunakan di gerai dan kedai, terutamanya di kampung. Kebanyakan orang suka panggilan hormat ini kerana berasa hubungan sesama sendiri akrab. Ada pula ahli/guru bahasa mengatakannya tidak sesuai. Bagaimana?Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban.Lain-lain04.11.2009
12345678910...

Kembali ke atas