Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi kecik (kecil): pak ~ a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkah­win atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn tahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2 kep kecil: pak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cik

Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(183)

Pantun

PantunSumberTema
Cik-cik hilir ke pekan, Daun nangka berjari-jari; Rupa cantik tak boleh makan, Budi bahasa hendak dicari.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau cik tuan selasih dana, Cik Tom bertali tiga; Kalau cik tuan kasihkan kami, Jangan diragut dua tiga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Dollah mudik berkabung, Hilir-menghilir kuala Rokan; Kalau kalah abang menyabung, Masuk badan ke petas rotan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12345678910...

Kembali ke atas