Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci/.gu] | چيقݢو

Definisi : panggilan bagi guru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci/.gu] | چيقݢو

Definisi : 1. guru: dia ingin menjadi ~; 2. pang­gilan bagi guru: C~ Fatimah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci/.gu] | چيقݢو

Definisi : panggilan kpd guru lelaki atau guru perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cikgu

Puisi
 

Laju ajong terkikis-kikis,
     Si ambang-ambang si bunga kayu;
Nombor satu mister Inggeris,
     Nombor dua cikgu Melayu.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
merarau Ibmakan tengah hari.Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu.Rahsia SaidinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengelingas, *melingas* MSrtinjau, meninjau-ninjau.Cikgu Awang mengelingas. Dia tercari-cari akan kelibat pelajarnya yang memekikkan perkataan yang tidak diingininya itu.Rahsia SaidinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panduk-panduk Bj Smtempat berteduh, khemah.Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belang Bj Smmajlis keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sepak manggis MSbsejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas