Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ku] | چيکو

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sauh menila, Achras zapota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ku] | چيکو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Achras zapota. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciku

Puisi
 

Pokok ciku pokok meranti,
     Dititi oleh anak undan;
Setiap waktu duduk menanti,
     Menanti tiba janjinya tuan.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buah ciku itu sudah __________________ kulitnya. A. berkupas B. terkupas Jawapan yang manakah tepat?Kedua-dua jawapan adalah betul.  Berkupas dan terkupas, kedua-duanya bermaksud "keadaan yang telah sedia berlaku atau sudah tersedia"Tatabahasa19.07.2016
Ejaan ciku atau chiku

Encik Matramli, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan yang betul ialah ciku

Ejaan23.03.2009
nak tahu maksud sawo matangMaksudnya buah ciku masak, selalunya merujuk pada warna kulit iaitu warna coklat kemerah-merahan iaitu warna buah ciku masak.Makna03.11.2006
apakah perbezaan antara dan lain-lain dengan dan sebagainya? contohnya, buah-buahan Malaysia terdiri daripada pisang, durian, ciku dan lain-lain atau dan sebagainya?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Tatabahasa15.12.2013
Salam sejahtera,1. Saya ingin tanya penggunaan "dan lain-lain"boleh digunakan atau tidak.Contohnya "Di dusun datuk ada banyak pokok buah-buahan seperti pokok durian,pokok manggis,pokok ciku dan lain-lain."Adakah sepatutnya digantikan dengan "selainnya/sebagainya" 2.Ayat manakah yang betul? "Meja ini diperbuat daripada kayu"atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? Terima kasih.Penggunaan …dan lain-lain tidak menyalahi hukum tatabahasa dan sama maksud dengan dan sebagainya (bukan selainnya). Kata terbitan dibuat dan diperbuat boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan, membuat bentuk pasifnya ialah dibuat, manakala memperbuat bentuk pasifnya ialah diperbuat. Tatabahasa11.12.2014
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Hari ini hari Rabu. *Hari ini hari jadi Liza. *Ibu beli ayam. *Ibu beli ikan. *Ibu beli sawi dan ciku. *Ibu juga beli roti. *Ibu masak nasi dan sawi. *Ibu juga masak kari ayam. *Bapa pula masak ikan. *Liza suka makan kari ayam. *Zul suka makan ikan. *Rafi dan Haris suka makan sawi. *Adam dan Ana suka makan roti. *Liza suka hati.Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih.

1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan.

4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini.

5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini.

6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul.

7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul.

Tatabahasa07.12.2009
Bolehkah koma ( , ) ditulis selepas perkataan ialah ; Contoh ayat : Nilai pertama ialah, keberanian.Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaannya hendaklah sebelum "dan", "atau" dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh ayat, dia membeli rambutan, langsat, ciku, dan bakul. Oleh itu, tanda koma tidak diperlukan selepas perkataan ialah. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 64.Tatabahasa05.03.2010
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Ini raga. *Ini raga Rafi. *Raga Rafi ada tali. *Di dalam raga ada ubi. *Rafi beri ibu lima ubi. *Ibu cuci ubi. *Aaaa... ubi itu ada ulat! *Itu nuri. *Itu nuri Zul. *Zul ada dua nuri. *Nama nuri ini Lili. *Nama nuri itu Lulu. *Lili suka ciku. *Lulu suka nasi. *Zul suka Lili dan Lulu.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016

Kembali ke atas