Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar nyamuk jantan, akar nyirih, akar tulang daing padang, Connarus grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1 barang perhiasan yg berbentuk bundar, biasanya dibuat drpd logam berharga (diberi berpermata atau tidak) dan dipakai pd jari. 2 benda berlingkar yg rupanya spt cincin 1 atau gelang kecil. ~ belah rotan cincin yg bulat di luar tetapi datar di dalam dan tidak berpermata. ~ garam sebuku cincin yg berpermata satu. ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd waktu perkahwinan. ~ tanda cincin yg diberikan oleh orang lelaki kpd orang perempuan sbg tanda mereka telah bertunang. ~ tanya cincin yg dibawa ketika hendak melamar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ring 1 n 1. circular band worn on the finger, cincin: a wedding ~, cincin perkahwinan; 2. circle of metal, wood, etc for various purposes, cecincin, simpai: a napkin ~, cecincin napkin; a key ~, cecincin kunci; 3. circle, lingkaran: a ~ of light round the moon, selingkaran cahaya di keliling bulan; 4. circular course, lingkaran: the children ran around in a ~, kanak-kanak itu berlari-lari dlm satu lingkaran; 5. enclosed space, arena, gelanggang: a boxing ~, gelanggang tinju; 6. organization of people usu illegal, sindiket: a ~ of smugglers, sindiket penyeludup; 7. (chem) gelang; 8. small gas or electric hob, gegelung besi: put the saucepan back on the ~, letakkan semula kuali itu di gegelung besi; 9. dark skin beneath the eye, gelung hitam: she has great ~s under her eyes this morning, dia mempunyai gegelung hitam di bahagian bawah matanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wedding-ringn cincin perkahwinan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
signet ring n cincin mohor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
engagement ring n cincin pertunangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wedding bandn (old use) cincin belah rotan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offshe pulled the ring ~ his finger, dia mencabut cincin dari jari lelaki itu; to take the curtain ~ the hooks, menanggalkan langsir dari cangkuk; he cut several slices ~ the meat loaf, dia memotong beberapa keping dari buku daging itu; she borrowed twenty dollars ~ me, dia meminjam dua puluh ringgit daripada saya; the robbers turned ~ the main road into a side lane, perompak-perompak itu membelok keluar dr jalan besar masuk ke jalan tepi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pursebeyond o’s ~, tdk termampu oleh sso: that diamond ring is beyond my ~, cincin berlian itu tdk termampu oleh saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sapphiren 1. clear, bright blue gemstone, (batu) nilam: a ~ ring, cincin batu nilam; 2. the colour of this, (warna) biru nilam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
treasure2. value highly, sangat menghargai: I ~ the ring he gave me, saya sangat menghargai cincin yg diberikannya kpd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarab~s were commonly worn in Egypt as rings or lockets, azimat berbentuk kumbang lazim dipakai di Mesir sbg cincin atau loket.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas