Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar nyamuk jantan, akar nyirih, akar tulang daing padang, Connarus grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1 barang perhiasan yg berbentuk bundar, biasanya dibuat drpd logam berharga (diberi berpermata atau tidak) dan dipakai pd jari. 2 benda berlingkar yg rupanya spt cincin 1 atau gelang kecil. ~ belah rotan cincin yg bulat di luar tetapi datar di dalam dan tidak berpermata. ~ garam sebuku cincin yg berpermata satu. ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd waktu perkahwinan. ~ tanda cincin yg diberikan oleh orang lelaki kpd orang perempuan sbg tanda mereka telah bertunang. ~ tanya cincin yg dibawa ketika hendak melamar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CINCIN UMUM 
ATOL BIKINI

Atol Bikini ialah atol terpencil (terumbu karang

cincin) yang terletak di barat laut gugusan

Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

UMUM 
TARAWA

Tarawa (pend. 24 598) ialah ibu negara Kiribati,

sebuah negara yang terdiri daripada pulau-pulau

kecil di barat daya Lautan Pasifik. Tarawa ialah atol

(terumbu yang berbentuk cincin) yang terdiri

daripada banyak pulau batu karang kecil yang

meliputi kawasan seluas 23 kilometer persegi.

UMUM 
SARUNG TANGAN BESI

Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit

yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria

Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada

baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal

diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang

bersambung antara satu dengan yang lain).

Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel

untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan

besi digunakan sehingga tahun 1600-an.

UMUM 
SALEH DAUD

SALLEH DAUD (1934 –      ), penulis.  Dia lahir pada 24 Disember 1934 di Cincin, Jasin, Melaka.  Dia menggunakan nama pena Zulastry.  Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Cincin, Jasin hingga lulus darjah empat (1941 – 1945).  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Durian Tunggal, Melaka hingga lulus darjah lima pada tahun 1948 dan Sekolah Melayu Alai, Melaka hingga darjah enam pada tahun 1949.  Dia pernah menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Bukit Katil, Melaka sebelum melanjutkan kursus perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1951 – 1954).

SASTERATokoh
SARDONIKS

Sardoniks ialah sejenis kalsedoni, iaitu bentuk

mineral kuarza yang berira halus. Kebanyakan

sardoniks mempunyai lingkaran yang lurus atau

melengkung sedikit, berwarna perang kemerahmerahan

dan putih. Sumber utama sardoniks ialah

Brazíl, Uruguay dan India. Sardoniks merupakan

salah satu daripada batu permata yang kurang mahal.

Ia digunakan pada cincin dan barang kemas lain.

Tukang emas memotongnya rasa atau berbentuk

kubah untuk memaparkan lingkaran warnanya.

Kameo kadangkala dipotong dari sardoniks untuk

mendapatkan lapisan warnanya. Sardoniks adalah

salah satu permata kelahiran bulan Ogos.

Lihat juga Kalsedoni; Oniks; Permata.

UMUM 

Kembali ke atas