Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar nyamuk jantan, akar nyirih, akar tulang daing padang, Connarus grandis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.cin] | چينچين

Definisi : 1 barang perhiasan yg berbentuk bundar, biasanya dibuat drpd logam berharga (diberi berpermata atau tidak) dan dipakai pd jari. 2 benda berlingkar yg rupanya spt cincin 1 atau gelang kecil. ~ belah rotan cincin yg bulat di luar tetapi datar di dalam dan tidak berpermata. ~ garam sebuku cincin yg berpermata satu. ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd waktu perkahwinan. ~ tanda cincin yg diberikan oleh orang lelaki kpd orang perempuan sbg tanda mereka telah bertunang. ~ tanya cincin yg dibawa ketika hendak melamar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin

Puisi
 

Cincin perak cincin suasa,
     Mari dipakai sebelah kanan;
Biar rosak sama binasa,
     Kasih tiada lepas di tangan.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Bagai mendapat cincin ijuk.

Bermaksud :

Mendapat barang yang tidak berguna.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cincin melawancincin melawanKerisTiadaPerhiasan yang berbentuk seperti cincin yang terletak di bahagian hujung hulu. Sin. cincin pacat kenyang, cincin pancar kenyang.
cincin pacat kenyangcincin pacat kenyangKerisTiadaLihat cincin melawan.
cincin pancar kenyangcincin pancar kenyangKerisTiadaLihat cincin melawan.
cincin Raja Sulaiman(Ir.)cincin Raja sulaiman(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur benda berbentuk permukaan cincin legenda Raja Sulaiman.
pleochroic halocincin pleokroikKejuruteraanTiadaCincin halus berwarna atau kumpulan cincin sepusat yang terbentuk pada mineral yang dihasilkan oleh sinar alfa dari mineral tersebut.
film ringcincin filemKejuruteraanTiadaLencana filem berbentuk cincin.
preputial ringcincin kulupBiologiHistologi dan Sitologilih. cincin preputial.
aperture ringcincin aperturKomunikasiTiadaAlat yang berbentuk bulat seperti cincin atau gelang yang digunakan untuk mengawal saiz bukaan kanta.
preputial ringcincin preputialBiologiHistologi dan SitologiLilitan bulat bukaan kulup. cincin kulup.
colliding pulse mode locking ring laserlaser cincin selak mod denyut lagaKejuruteraanTiadaLaser pencelup cincin yang menggunakan prisma dan penyerap boleh tepu di dalam rongga laser untuk mengubah bentuk, dan memendek denyut laser yang dijana.
12345678910...

Kembali ke atas