Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.ta] | چينتا

Definisi : 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.ta] | چينتا

Definisi : 1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasa­an sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walau­pun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta

Puisi
 

Pergi seberang naik perahu,
     Perahu berisi jerami padi;
Cinta adik abang tak tahu,
     Cinta adik sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
love-matchn perkahwinan /cinta sama cinta, suka sama suka/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
love~ at first sight, cinta pandang pertama; ~-hate relationship, hubungan cinta tapi benci: those two have a strange ~-hate relationship, dua orang itu mempunyai hubungan cinta tapi benci yg aneh; ~ is blind, cinta itu buta; be in ~, a. (with each other) sedang /dilamun cinta, bercinta/: Mary and John were in ~, Mary dan John sedang dilamun cinta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flirtationn 1. act of flirting with opposite sex, main cinta; 2. brief love affair, main cinta: after a brief ~ with the actor, she migrated to the East Coast, selepas main cinta sekejap dgn pelakon itu dia berhijrah ke Pantai Timur; 3. casual involvement, bermain-main, berfikir-fikir, bertimbang-timbang: after his short-lived ~ with Thatcherism, he joined the Liberal Democrats, setelah bermain-main dgn Thatcherisme sekejap, dia masuk Parti Liberal Demokrat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flirtvi 1. behave amorously, dally, main cinta: he ~s with all the girls in the office, dia main cinta dgn semua gadis di pejabat; when she goes to parties she simply won’t stop ~ing, setiap kali dia ke majlis, tdk dapat tdk, dia mesti main cinta; 2. toy, bermain-main, berfikir-fikir, bertimbang-timbang: in his youth he ~ed with communism, semasa mudanya dia bermain-main dgn faham komunis; she ~ed with the idea of living abroad, dia berfikir-fikir ttg gagasan hendak tinggal di luar negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
puppy loven cinta monyet: it’s just ~, nothing serious, itu hanyalah cinta monyet, bukan ada apa-apa yg serius.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peace-loving adj /cinta akan, mencintai/ keamanan: a ~ people , orang-orang yg cinta akan keamanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweep~ off; ~ so. off/ his, her/ feet, (colloq) cause so. to fall in love with so., (act.) menyebabkan sso jatuh cinta; (pass.) sso jatuh cinta: he completely swept her off her feet after only one date, baharu keluar sekali sahaja dgn lelaki itu, dia betul-betul telah jatuh cinta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flirtatiousadj 1. fond of flirting, suka main cinta: a ~ young girl, gadis yg suka main cinta; 2. of or rel to flirting, menggoda: ~ behaviour, perangai menggoda; a ~ smile, senyuman yg menggoda; give so. ~ looks, bermain mata dgn sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torchcarry a ~ for so., menaruh cinta tdk berbalas thdp sso, bertepuk sebelah tangan: she had carried a ~ for him all her life, sepanjang hayatnya, dia menaruh cinta tdk berbalas thdp lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lovelessadj 1. devoid of love, tanpa /cinta, kasih sayang/: their’s was a ~ marriage, perkahwinan mereka ialah perkahwinan tanpa cinta; 2. giving and receiving no love, tanpa kasih sayang: Mr. Scrooge’s ~ existence, kehidupan En. Scrooge yg tanpa kasih sayang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas