Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cin.ta] | چينتا

Definisi : 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cin.ta] | چينتا

Definisi : 1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasa­an sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walau­pun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta

Puisi
 

Pergi seberang naik perahu,
     Perahu berisi jerami padi;
Cinta adik abang tak tahu,
     Cinta adik sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AFRODIT

Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam

mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus

mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang

Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua

ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua

orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi.

Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta

intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah

pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros

ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit

sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan

mengekalkan kehidupan.

UMUM 
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM 
AMADÍS OF GAUL

Amadís of Gaul ialah kisah cinta Sepanyol yang

terkenal pada zaman kesateriaan. Ia diciptakan

sekitar tahun 1300-an di Sepanyol, tetapi versi

cetakan pertamanya yang masih ada, iaitu The

Four Books of the Virtuous Knight Amadís of

Gaul, diterbitkan pada tahun 1508. Sebahagian

daripada karya ini dianggap telah ditulis oleh

Garci Ordóñez (atau Rodríguez) de Montalvo.

UMUM 
MINNESINGER

Minnesinger adalah satu kumpulan penyair

lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun

1100-an hingga 1300-an. Minnesinger

mendendangkan puisi mereka dengan iringan

muzik dalam acara-acara keramaian istana.

UMUM 
ARIADNE

Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak

perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta

dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi

ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali

sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian

laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai

Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang

kepada Theseus apabila Theseus memasuki

Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan

dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus

membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete

bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di

Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di

sana dan mengahwininya.

UMUM 
AL-AHWAS

Al-Ahwas (? –105 H. / ? –723 M.), salah seorang

penyair kisah cinta di Hijaz pada zaman

pemerintahan Umawiyyah. Nama penuhnya

Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Asim ibn Thabit al-

‘Awsi. Datuknya ialah ‘Asim ibn Thabit, meninggal

dunia kerana demam akibat pertukaran musim. Dia

bergelar al-Ahwas kerana bermata juling.

UMUM 
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne

Regrette Rien’.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM 
MOORE, THOMAS

Moore, Thomas (1779–1852) ialah penyair

Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah

lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa

Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk ‘Believe Me If All

Those Endearing Young Charms, ‘The Last Rose of

Summer’ dan ‘Oft in the Stilly Night’. Moore

menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran

dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca

dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron

dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih

dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan

lagu.

UMUM 
1234

Kembali ke atas