Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta akan

Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Bermaksud :

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beratlah kaki akan melangkah, Kerana jalan terlalu jauh; Niat di hati akan menikah, Rupanya tuan sudah berjodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak patah patahlah jenang, Paku tidak akan tercabut; Hendak marah marahlah abang, Aku tidak akan mengikut. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak lari larilah itik, Helang tidak akan merendah; Hendak pergi pergilah adik, Sayangku tidak akan berubah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas