Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta akan

Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Bermaksud :

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phallic stageperingkat falikPsikologiPsikologi UmumPeringkat dalam perkembangan personaliti ciptaan Freud. Menurut Freud, kanak-kanak yang berada pada umur antara 3 hingga 6 tahun akan membina personaliti falik apabila mereka gagal meneruskan perkembangan sihat dalam tempoh ini atau berlaku fiksasi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berkenaan dikatakan berkemungkinan besar akan tertarik kepada ibu atau bapa yang berlainan jantina dengannya sehingga membawa kepada konotasi terkenal, iaitu kompleks atau konflik Oedipus. Individu yang mempunyai personaliti falik akan mempamerkan tingkah laku yang angkuh, berlagak, menunjuk-nunjuk, bangga dan narsisistik (cinta diri).
hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.
primary emotionemosi primerPsikologiPsikologi UmumEmosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.

Kembali ke atas