Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cinta akan, mencintai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cintakan

Puisi
 

Akar keramat akar bertuah,
     Akar bertepuk di gua batu;
Nabi Muhammad cintakan Allah,
     Di mana tuan masa itu?


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih tepat: a) Tanda cintakan Allah ialah cintakan al-Quran b) Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran

Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Dalam ayat contoh yang diberi cintakan (cinta akan atau mencintai) ialah kata kerja dan tidak perlu didahului dengan kata pemeri.

Tatabahasa13.09.2011
tuan, saya ingin dapat nasihat ayat mana yang lebih sesuai dan betul dari 2 ayat ini...1. " WARGA KAMPUNG SUNGAI ROKAM CINTAKAN KEBERSIHAN " atau 2. " WARGA KAMPUNG SUNGAI ROKAM WARGA CINTAKAN KEBERSIHAN " terima kasihFrasa yang betul ialah "Warga Kampung Sungai Rokam Cintakan Kebersihan".Tatabahasa16.11.2012
1. Koma perlu diletakkan selepas kata seru seperti oh, wah. Oleh itu penggunaan yang betul adalah seperti di bawah, betul atau tidak? i) Oh, Tuhan. Selamatkanlah kami. ii) Ya Tuhan. Selamatkanlah kami. 2. cintakan/sayangkan - Kedua-dua ini disenaraikan dalam Kamus Bahasa Melayu dalam talian. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sayangkan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=cintakan Adakah kedua-dua ini gramatis? Bukankah "cinta akan" dan "sayang akan" penggunaan yang betul dan gramatis berpandukan Tatabaha Dewan? Jadi, bolehkah "sayangkan" atau "cintakan" digunakan?
1. Penulisan yang betul ialah Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! Ya, Tuhanku, selamatkanlah kami! Sila rujuk halaman 255 buku Tatabahasa Dewan. 


2. Penggunaan yang gramatis ialah sayang akan dan cinta akan. 
Tatabahasa31.05.2021
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution))Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akan X dan suka akan Y.Tatabahasa24.02.2014
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih.Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara.Tatabahasa22.07.2013
Kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekkitar merupakan asas kpada perubahan amalan hidup masyarakat tentang pelaksanaan tanggung jawab yang menjurus ke arah cintakan alam sekitar. Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan tahap kesedaran alam sekitar masyarakat Malaysia masih beradaMohon tuan/puan memberikan soalan yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang tepat.Lain-lain02.10.2021
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahan­kan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, se­mangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.Makna07.08.2014
Areb Rahim KHA 9.15 PTG As salam Sy nk kongsi sikit Berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dipintu masuk/checkpoint tanjung kupang johor dari second link Dimana terdapat penggunaan tulisan cina Disetiap tiang masuk untuk motorbike ke malaysia dan ke singapura. Sy rasa kecewa kerana tulisan tersebut tidak menonjolkan sebuah negara malysia yg cintakan bahasa kebangsaan Lagipula itu ada pintu masuk ke ngara malysiaSalam, Terima kasih atas makluman dan keprihatinan tuan. Pihak kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran kepada pihak berkenaan sekiranya tiada paparan awam yang menggunakan bahasa kebangsaan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.Lain-lain24.08.2017
Soalan: 1. Mengapa pencampuran bahasa tidak sesuai dalam sesuatu ayat.... contoh- " kita kena buat adjustment lah"....Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang dinyatakan ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan.Tatabahasa29.03.2013
Kenapakah masa kini sudah banyak terdapat iklan-iklan besar samada disepanjang lebuhraya atau dipersimpangan jalan di bandaraya ditulis hanya dalam Bahasa Inggeris? Tanggong jawab siapakah memantau atau menegur perbuatan ini? Adakah DBP, PBT atau kerajaan negeri.? contoh iklan Ambank. Mana letaknya martabat bahasa Kebangsaan kita? Sekian harap maklum dan terima kasih.Sdr Mat2162, terima kasih atas keprihatinan sdr. untuk pengetahuan sdr. tanggung jawab ini terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun rasa cintakan bahasa itu sepatutnya ada pada setiap warga Malaysia dan seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam perlembagaan telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya hendaklah diutamakan . Terima kasih.Tatabahasa04.12.2007
12

Kembali ke atas