Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : (kesanggupan) fikiran utk me­ngadakan sesuatu (karya seni dll). men­cipta 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cipta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta?

Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010.

Lain-lain29.09.2010
Assalamualaikum, Editor Tunas Cipta. Sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan Tunas Cipta, bagaimanakah caranya untuk mengirim makalah atau esei kesusasteraan ke majalah Tunas Cipta?Khay Barbara:saudara boleh e-mel karya ke alamat ini ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.myLain-lain16.04.2012
Assalamualaikum... Saya ingin mengetahui tentang undang-undang hak cipta, terutamanya yang berkaitan dengan penterjemahan bahan. Terima kasih.

Akta Hak Cipta 1987 melindungi sesuatu karya daripada sebarang pengeluaran semula dalam apa bentuk atau versi sekalipun. Ini bermakna sebarang pengeluaran semula (termasuklah penterjemahan bahan tersebut) perlulah mendapat keizinan daripada tuan punya hak cipta karya tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu karya itu boleh diterjemah untuk apa tujuan sekalipun. Terima kasih.

Lain-lain11.11.2009
1. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Mari Berinovasi & Berkolaborasi ! 2. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Bersama Berinovasi & Berkolaborasi ! Terima Kasih.Tiada soalan yang saudara kemukakan. Jika diminta pandangan kami tentang slogan tersebut, bagaimana kita mahu mencipta nilai untuk pelanggan kerana lazimnya pengeluar produk memberi jaminan tentang produk dan servis kepada pelanggan.Tatabahasa25.04.2013
Saya nak bertanya yang mana betul . Reka cipta atau rekaciptaEjaan yang betul ialah "reka cipta".Ejaan17.08.2015
Boleh beri saya nama pengarah Unit Hak Cipta dan email beliau. Saya ingin bertanya tentang hak cipta buku saya.Ketua Bahagian Harta Intelek ialah Puan Hajah Asiah binti Daud. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel asiah2@dbp.gov.myLain-lain09.11.2012
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'hakcipta'. Adakah 'hakcipta' atau 'hak cipta'? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah hak cipta.Ejaan27.04.2015
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ?Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain16.01.2017
Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta kalau ada kategori berkumpulan. adakah perkataan "kalau" yang diikuti "ada" digunakan dalam ayat ataupun "kalau" diikuti "terdapat" mohon penjelasanAyat yang gramatis, Ravi akan menyertai pertandingan reka cipta sekiranya terdapat kategori berkumpulan.Tatabahasa10.01.2017
Mengikut Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah HAK CIPTA. Namun pihak MYiPO, menggunakan ejaan HAKCIPTA kerana menurut mereka itu istilah undang-undang. Jika demikian, tidak salahlah kalau stesen ASTRO dan kebanyakan laman sesawang mengeja HAKCIPTA TERPELIHARA. Jika tidak betul, pihak DBP seharusnya membetulkannya. Terima kasih.

Kata hak cipta tetap dieja sebagai dua perkataan termasuklah penggunaannya sebagai istilah undang-undang. Hak cipta dieja sebagai satu perkataan dalam nama khas sahaja seperti Kesatuan Hakcipta Berne.

Istilah13.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas