Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cip.ta] | چيڤتا

Definisi : (kesanggupan) fikiran utk me­ngadakan sesuatu (karya seni dll). men­cipta 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
warezwarezTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori kod atau perisian yang mempunyai hak cipta yang dihasilkan oleh kumpulan pengguna tetapi melanggar akta hak cipta. Pelanggaran hak cipta merujuk kepada penerbitan dan penghasilan kod atau perisian secara tidak sah. Konsep warez ini bertentangan dengan perkongsian fail antara rakan - ke- rakan atau kumpulan pengguna yang mempunyai minat yang sama. Kebiasaannya, warez tidak melibatkan pemalsuan perisian komersial untuk tujuan keuntungan. Pada asalnya, warez digerakkan oleh kumpulan pengguna bawah tanah tetapi sekarang telah menjadi tempat yang biasa dilawati pengguna Internet dan media massa. Contoh fail warez yang biasa diperoleh ialah kod tampung, kod rengkahan atau perisian penjana kekunci.
software copyrighthak cipta perisianTeknologi MaklumatPerisianSebahagian daripada undang-undang hak cipta yang bertujuan untuk melindungi hak pemilik perisian. Hak cipta perisian digunakan untuk menghalang penyalinan dan penjualan perisian secara tidak sah. Contohnya, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pengguna yang menyalin perisian cetak rompak Microsoft Office. Walau bagaimanapun, terdapat juga perisian yang diperoleh secara percuma tetapi masih mengekalkan hak cipta tersebut. Contohnya, perisian Yahoo Messenger dan Skype.
copyright noticenotis hak ciptaPerpustakaanTiadaKenyataan tentang hak cipta yang terdapat dalam karya yang mempunyai hak cipta.
copyright lawUndang-undang hak ciptaTeknologi MaklumatTiadaUndang-undang yang memberi hak yang sah kepada pemegang hak cipta suatu harta intelektual untuk menyalin, mengadaptasi, mempamer dan mengedar hasil kerja intelektual mereka kepada orang awam. Dalam komputeran, hasil kerja atau harta intelektual yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta adalah seperti perisian komputer, rekabentuk, permainan komputer, grafik, algoritma, pangkalan data, fotograf, imej, audiovisual, filem dan animasi multimedia. Contohnya di Malaysia Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 telah dipinda untuk memberikan perlindungan penuh kepada pembangun multimedia. Tujuannya untuk memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh dipersembah sebagai kerja orang lain, melarang persembahan sesuatu kerja dalam bentuk yang telah diubah suai serta mengelakkan pindahan dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik.
mythopoeiacipta mitosKesusasteraanTiadaPengubahsuaian bahan mitos atau pembikinan mitos peribadi secara sedar. Contoh pembikinan mitos peribadi boleh ditemui dalam sajak-sajak William Blake. Antara pengarang tempatan yang mengubah suai bahan mitor ialah Shahnon Ahmad dan cerpennya bertajuk �Wan Enpuk Wan Malini�. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �cipta mitos�. Cipta mitos dikenali juga sebagai serap mitos.
copyrighthak ciptaTeknologi Maklumate-PembelajaranHak melalui undang-undang untuk mengguna, menjual atau mendapatkan lesen pemilikan intelektual seperti majalah, buku, video, filem dan sebagainya. Pemegang hak cipta boleh mendakwa sesiapa yang menggunakan harta intelektualnya tanpa kebenaran. Contoh hak cipta ialah Adobe, Totara, Camtasia Studio 8 dan Google Apps for Education. Banding hak terbuka.
copyright datetarikh hak ciptaPerpustakaanTiadaTarikh hak cipta yang diberi kepada karya individu yang biasanya di cetak pada verso halaman judul sesebuah buku.
copyright feebayaran hak ciptaPerpustakaanTiadaBayaran yang dibayar kepada pemegang hak cipta untuk mendapatkan kebenaran menggunakan bahannya bagi tujuan tertentu.
camouflage designreka cipta kamoflajKesenianTiadaTeknik kilas yang digunakan sebagai ilustrasi pada reka cipta pakaian. Contoh: Penggunaan warna dan garis-garis yang tidak menonjolkan saiz sebenar pemakainya.
copyright lawundang-undang hak ciptaTeknologi MaklumatTiadaUndang-undang tentang perlindungan hak cipta.
12345678910...

Kembali ke atas