Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cip.ta.an] | چيڤتاءن

Definisi : sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cip.ta.an] | چيڤتاءن

Definisi : sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciptaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Ali mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan " Ciptaan Robot".Ali mendapat tempat kedua dalam pertandingan "Ciptaan Robot".Tatabahasa09.11.2014
salam, apakah maksud "paten" dalam bidang seni reka?Paten ialah hak cipta yang diberikan oleh kerajaan terhadap sesuatu ciptaan supaya orang lain tidak boleh meniru dan mengekspolitasi ciptaan itu.Makna31.07.2012
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.)
Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia.

Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.

Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.
Tatabahasa12.09.2012
Saya mempunyai sebuah cerpen ciptaan sendiri tetapi saya tidak dapat menhantarnya kerana tidak dapat tahu tentang peraduan-peraduan DBP. Bagaimana untuk saya ingn tahunya?Buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menganjurkan sebarang peraduan menulis cerpen.  Saudara boleh melayari laman DBP di dbp.gov.my untuk mengetahui tentang sebarang peraduan yang dianjurkan DBP.  Saudara juga boleh menghantar karya saudara ke majalah terbitan DBP dengan menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain28.04.2010
Bagaimana cara untuk menghantar puisi hasil ciptaan sendiri?

Puisi saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya puisi mahu disiarkan dalam majalah terbitan DBP, jika saudara mahu menerbitkan sekumpulan puisi, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Lain-lain14.11.2009
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020
Saya berasa keliru dan kurang senang dengan ciptaan dari dbp seperti perkataan baru (new) kepada baharu.Kenapa dbp suka-suka menciptakan perkataan baharu?sedangkan perkataan baru itu adalah perkataan baku dan telah di gunakan sejak dulu lagi.soalan kedua kenapa dbp cuba membeza-bezakan perkataan baru itu sebagai (just dalam bahasa inggeris)dan baharu (new dalam bahasa inggeris)?Sepatutnya dbp sebagai badan peyelaras dan perkembangan bahasa melayu tidak memperterbalikan perkataan baru!Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan baru dan baharu membawa maksud yang sama. Sebagai pengguna awam kita boleh sahaja menggunakan kedua-dua perkataan ini, khususnya dalam aspek menerangkan makna kata. Bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata ini, baru sebagai kata bantu dan baharu sebagai kata adjektif. Rumus ini dibuat oleh panel penyusun buku Tatabahasa Dewan dengan kewajaran tertentu berdasarkan prinsip ilmu.Tatabahasa21.12.2016
Adakah ungkapan “antara sama satu lain” merupakan ungkapan baharu ciptaan DBP? Ungkapan itu terdapat pada halaman 2 Dewan Siswa keluaran Mac 2009.

Sdr. Miarmgo, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Terima kasih atas teguran yang diberi. Ini bukan ungkapan baharu tetapi kesilapan pihak kami sendiri. Yang betul ialah antara satu sama lain.

Tatabahasa19.03.2009
Salam sejahtera. Ayat: Monorel, kapal terbang dan kereta api ialah ciptaan Sains. Perkataan "Sains" ditulis huruf besar atau huruf kecil? Dalam situasi ayat yang bagaimana ditulis kecil dan besar? Terima kasih.Ejaan sains ditulis dengan huruf kecil tetapi ditulis menggunakan huruf besar apabila menunjukkan nama mata pelajaran di sekolah. 

Nama mata pelajaran dianggap sebagai kata nama khas dan dieja dengan huruf besar seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Ejaan25.10.2013
Bolehkah saya tahu bagaimana 'ketersauran' menjadi istilah padanan untuk 'feasibility'. Ini ciptaan DBP, seharusnya ada rasional dan etimologinya serta pencipta istilah tersebut.Penciptaan sesuatu istilah oleh DBP melalui pelbagai proses etimologi dan diputuskan oleh pakar-pakar bahasa yang bertauliah.Lain-lain30.04.2019
12345

Kembali ke atas