Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat tertentu pd sesuatu yg dpt membezakannya drpd yg lain. ~ seks sekunder ist ciri yg membezakan antara haiwan jantan dgn haiwan betina, atau lelaki dgn perempuan, yg disebabkan oleh pengaruh hormon, mis misai pd lelaki, dan buah dada pd wanita. berciri ada atau mempunyai ciri: Segala kegiatan perniagaannya ~ Islam. bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. mencirikan 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: Teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri fizikal individu yang unik seperti cap jari. algoritma Diffie-Hellman (Ig. Diffie-Hellman algorithm; Br. algoritma Diffie-Hellman, Id. algoritma Diffie-Hellman) Algoritma persetujuan kekunci yang dihasilkan pada tahun 1976 besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam bentuk cip litar Clipper dan tidak wujud dalam bentuk perisian. algoritma RC2/RC4 (Ig. RC2/RC4 algorithm; Br. algoritma

Kembali ke atas