Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat (unsur, tanda) yg khusus pd sesuatu (yg membezakannya drpd yg lain); ~ seks sekunder (Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon; bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat (yg tertentu): sajak ‘kucing’ pula dianggapnya lebih ~ prosa drpd puisi; mencirikan menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ri] | چيري

Definisi : sifat tertentu pd sesuatu yg dpt membezakannya drpd yg lain. ~ seks sekunder ist ciri yg membezakan antara haiwan jantan dgn haiwan betina, atau lelaki dgn perempuan, yg disebabkan oleh pengaruh hormon, mis misai pd lelaki, dan buah dada pd wanita. berciri ada atau mempunyai ciri: Segala kegiatan perniagaannya ~ Islam. bercirikan mempunyai atau menunjukkan ciri atau sifat yg tertentu: Kita pernah mengamalkan corak pendidikan yg ~ empat sistem yg menggunakan bahasa pengantar yg berlainan, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil. mencirikan 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. pencirian perbuatan mencirikan sesuatu: Teori ini bergantung pd ~ kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ciri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feminizationfeminisasiPerubatanTiada1. Pengaruhan normal ciri-ciri jantina wanita.,2. Perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pada lelaki.
antiurban traditiontradisi antibandarSosiologiTiadaFahaman perancangan yang menolak ciri-ciri perbandaran tetapi lebih menyintai ciri-ciri desa.
inheritancewarisan; pewarisan; keturunanPerubatanTiada2. Keturunan: Pemerolehan ciri-ciri genetik melalui pemindahannya daripada induk kepada anak.,3. Ciri-ciri genetik yang dipindahkan daripada induk kepada anak.
operational characteristicciri kendalianKejuruteraanTiadaCiri-ciri yang merujuk kepada kendalian perkakasan, secara sendirian atau berkait dengan perkakasan lain, misalnya frekuensi atau jenis modulasi.
siting criteriaciri tapakKejuruteraanTiadaCiri-ciri yang perlu ada pada sesuatu tapak sebelum sesebuah loji nuklear dapat dibina di atasnya.
coporate characteristicciri korporatPentadbiranTiadaCiri-ciri yang menggambarkan imej sesuatu organisasi.
dominantdominanKesenianTiada1. Ciri-ciri trait yang akan dijelmakan dalam anak walaupun ciri tersebut dibawa oleh hanya satu daripada kromosom homologus. 2. Nama teknikal untuk not kelima dalam skala minor atau major.
conversion featureciri penukaranPentadbiran PerniagaanTiadaCiri-ciri bon atau saham keutamaan yang membenarkannya untuk ditukarkan kepada saham biasa.
hill featureciri-ciri bukitGeografiTiadaMorfologi bukit seperti ketinggian, kelengkungan, kecuraman dan sebagainya.
particularates copulatives des manuscrits (Per.)ciri naskhah gabungan/ciri naskhah kopulatifKesusasteraanTiadaSebuah naskhah yang mengambil beberapa ciri dari naskhah lain yang seversi dengannya. Contoh: Hikayat Seri Rama suntingan Roorda Van Eysinga mengandungi beberapa kesamaan dengan ciri-ciri yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama suntingan Shellaber.
12345678910...

Kembali ke atas