Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit

Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(11)