Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit

Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enteritisradang pd usus, terutamanya usus kecil yg dicirikan oleh cirit-biritKamus Dewan Perdana
embalaupokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisulKamus Dewan Perdana
E. colibakteria yg biasanya ditemui di dlm usus manusia atau haiwan, yg menjangkiti sso melalui sst yg tercemar dan sesetengah jenisnya boleh menyebabkan keracunan makanan yg teruk yg ditandai oleh cirit-birit, kejang perut dan kadangkala demam, muntah atau sakit kepala. Nama penuh bagi bakteria ini ialah Escherichia coliKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas