Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.rit] | چيريت

Definisi : 1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit

Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peat scourcirit-cirit gambutVeterinarTiadaTiada
bacillary white diarrhoeacirit-birit putih basilusBiologiMikrobiologiPenyakit yang disebabkan oleh Salmonella pullorom pada anak ayam. Anak ayam yang diserang penyakit ini cirit-birit, tidak bermaya, berhimpit-himpit, dan akhirnya mati.
cholerakoleraPerubatanTiadaPenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholerae. Penyakit ini berjangkit melalui air yang tercemar. Selain cirit-birit yang teruk, penyakit ini juga dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu. Sin: taun
antidiarrheal agentagen antidiareaFarmasiFarmakologiAgen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik.
diarrhoeacirit-biritPertanianTiadaTiada
scourscirit biritVeterinarTiadaTiada
diarrhoeacirit-biritVeterinarTiadaTiada
diarrheacirit-biritPerubatanTiadaTiada
diarrhoeacirit-biritPerubatanTiadaTiada
diarrhoeacirit-biritPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas