Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
phosphorous poisoningkeracunan fosforusKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan memberikan gejala awal sakit gigi, diikuti bengkak pada rahang dan kemudian nekrosis mandibel. Gejala lain ialah keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Penemuan patologi ialah demam kuning, degenerasi lemak dan nekrosis hati dan buah pinggang, dan perdarahan, kesesakan, dan hakisan saluran gastrousus.
bromine poisoningkeracunan brominKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang teramat. warna perang atau kekuningan pada kulit, biasanya menembusi kulit, dan kesannya sembuh dengan perlahan dan berparut. Jika terkena mata, boleh menyebabkan edema konjunktiva dan pemusnahan kornea. Gejalanya ialah sakit, mata berair, dan fotofobia. Keracunan kronik terjadi akibat penyedutan dan pendedahan kepada bromin mungkin menyebabkan hakisan gigi diikuti dengan nekrosis rahang. Kerengsaan bronkus dengan batuk kronik dan serangan pneumonia bronkus yang kerap adalah biasa. Penemuan makmal dalam keracunan akut ialah peningkatan bilangan sel darah merah. Penemuan patologi pula ialah kakisan dan kerengsaan.
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
borax poisoningkeracunan boraksKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada boraks (natrium borat, formula kimia, Na2B4O7.10H2O), iaitu bahan yang digunakan sebagai agen pencuci. Dos parah ialah 0.1 g/kg - 0.5 g/kg, dan had pendedahan ialah 5 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan bahan ini me- nyebabkan emesis yang biasanya terjadi serta-merta. Jika boraks tidak dikeluarkan, perkembangan secara progresif yang berikut terjadi, iaitu muntah dan cirit-birit bermukus dan berdarah, eritroderma, diikuti dengan deskuamasi, ekskoriasi, melepuh, bula, dan selumur epidermis. Kelesuan, otot muka dan bahagian hujung anggota terketar-ketar diikuti dengan konvulsi, hiperpireksia, demam kuning, dan kerosakan buah pinggang dengan oliguria atau anuria, dan akhirnya sianosis, tekanan darah rendah, pengsan, koma, dan mati. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyerapan kulit, atau penyerapan melalui liang badan atau membran mukus yang berpanjangan menyebabkan anoreksia, hilang berat badan, muntah, cirit-birit, ruam kulit, alopekia, konvulsi, dan anemia. Penemuan makmal menunjukkan air kencing mengandungi protein, serpihan epitelium, dan sel darah merah. Antara penemuan patologi dalam kes kematian ialah gastroenteritis, kemerosotan lemak hati dan buah pinggang, dan edema serebrum.
antihistamineantihistaminaPerubatanTiadaUbat yang bertindak dengan merencat reseptor histamina sama ada reseptor histamina 1 (H1) ataupun reseptor histamina 2 (H2). Perencat H1 seperti Promethazine dan Chlorpheniramine digunakan sebagai antiemetik dan rawatan alahan. Ia boleh menyebabkan mengantuk dan hipotensi postural. Perencat H2 seperti Cimetidine dan Ranitidine digunakan dalam rawatan penyakit ulser peptik dengan mengurangkan penghasilan asid gaster. Perencat H2 boleh menyebabkan cirit-birit dan sakit kepala.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.
kwashiorkorkwasyiorkorMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan kualiti dan kuantiti protein, tetapi mempunyai sedikit tenaga terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 5 tahun. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut bercerai susu dan mengambil diet yang tinggi kandungan kanji. Gejala penyakit ini ialah tubuh menjadi kurus, lemah otot, edema, anemia, kulit mengecut, hilang selera makan, hati rosak, cirit-birit dan muntah.
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
dichlorvos poisoningkeracunan diklorvosKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada diklorvos (DDVP, dimetil-2,2-diklorovinil fosfat), iaitu pestisid fosfat organik. Had pendedahan kepada bah an ini ialah 0.1 mg/ m3, dan dos maut (LD50) ialah 56 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut yang sedikit akibat penyedutan, penyerapan melalui kulit, atau pengingesan menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, lemah, cemas, lidah dan kelopak mata terketar-ketar, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan. Keracunan sederhana teruk pula akan mengakibatkan loya, peliuran, mala berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi periahan, dan fasikulasi otot. Keracunan yang teruk mengakibatkan cirit-birit, anak mala kecil dan tidak reaktif, kesukaran bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan jantung tersumbat.
12

Kembali ke atas