Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ta] | چيتا

Definisi : 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan se­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. meng­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : sj kain drpd kapas utk dibuat pakaian (berbunga-bunga atau berwarna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ci.ta] | چيتا

Definisi : , = kain ~ kain berbunga-bunga atau berwarna-warni yg dibuat drpd kapas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ambitionn cita-cita: to have great ~, mempunyai cita-cita tinggi; the Chair of Physics was her ~, menyandang Kerusi Fizik menjadi cita-citanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unambitiousadj tdk /bercita-cita, mempunyai cita-cita/ tinggi: an ~ man, lelaki yg tdk bercita-cita tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambitiousadj 1. full of ambition, /bercita-cita, mempunyai cita-cita/ tinggi: an ~ man, seorang lelaki yg bercita-cita tinggi; be ~ for, a. (so.) mencita-citakan kejayaan: he is ~ for his son, dia mencita-citakan kejayaan anak lelakinya; b. (st) bercita-cita utk mendapatkan: to be ~ for power, bercita-cita utk mendapatkan kuasa; be ~ of, bercita-cita utk: a man who has always been ~ of fame and fortune, seorang lelaki yg memang selama ini bercita-cita utk menjadi masyhur dan kaya; be ~ to (succeed etc), bercita-cita utk (berjaya dsb); 2. showing ambition, hebat: an ~ plan, rancangan yg hebat; 3. elaborate, istimewa: she planned to cook nothing more ~ than rice and chicken curry, dia tdk bermaksud utk memasak yg lebih istimewa drpd nasi dan kari ayam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aspirationn 1. strong desire, ambition, aspirasi, cita-cita, hasrat: political ~s, aspirasi politik; his ~ for greatness, aspirasinya utk menjadi orang yg ternama; 2. an object of such desire, aspirasi, cita-cita, hasrat; 3. act of breathing, pernafasan; 4. withdrawal of air etc from body cavity by suction, penyedutan; 5. (med) penyedutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
star reach for the ~s, mencuba mencapai cita-cita yg tinggi: try to reach for the ~ but keep your feet firmly on the ground, cubalah capai cita-citamu yg tinggi tetapi berpijaklah di bumi nyata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fulfil~ os, mencapai cita-cita sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unattainableadj tdk /dapat dicapai, tercapai/: an ~ ambition, cita-cita yg tdk tercapai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go-gettern (colloq), (orang yg) penuh semangat dan cita-cita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unaccomplishedadj 1. not achieved, tdk tercapai: an ambition still ~, cita-cita yg masih tdk tercapai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
actualize, actualisevt make actual, menjadikan (sbg) suatu kenyataan: to ~ o’s ideals, menjadikan cita-cita sso sbg suatu kenyataan; to ~ a project, menjadikan sst projek sbg suatu kenyataan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas