Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co] | چو

Definisi : simbol kimia bagi kobalt. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co] | چو

Definisi : Kd cuba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata co


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi istilah "Co-branded"?. Contoh penggunaan: "There may be times when we also offer certain services in conjunction with Your Utility through co-branded Web sites."Kami mencadangkan co-branded diterjemahkan kepada jenama bersama.Penyemakan dan penterjemahan02.07.2015
Apakah translasi bagi 'Co-created by' selain daripada Dibawakan oleh?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk co-created. Istilah bahasa Melayu untuk create ialah cipta. Oleh itu cadangan padanan bahasa Melayu untuk co-created ialah Dicipta bersama oleh.Istilah20.09.2012
maksud co-management. ayat ini digunakan dalam pengurusan taman negara.Pengurusan bersamaMakna28.11.2007
Apa maksud Co-working space di dalam bahasa Melayu?Belum ada istilah untuk co-working space dalam bahasa Melayu. Namun, kami  mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah ruang kerja bersama.Istilah28.08.2018
Apakah padanan untuk "co-selling"? Adakah ia sama seperti 'syarikat gabungan'?Tidak ada padanan co-selling dalam pangkalan data kami. Sayrikat gabungan dalam bahasa Inggeris ialah affiliated company.Penyemakan dan penterjemahan14.02.2015
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat.Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar.Lain-lain01.11.2011
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul?

Puan Azian,

Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..."

Tatabahasa10.02.2010
Saya ingin pencerahan tentang penggunaan bahasa. Nama hostel dalam bahasa Inggeris ialah The One Co-living Space. Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, bolehkah dikekalkan beberapa perkataan Inggeris seperti Ruang Inap Co-Living The One? Untuk makluman, The One adalah nama khas yang dirujuk kepada nama pengusaha/syarikat iaitu The One Academy.Kami mencadangkan padanan “Ruang Kongsi The One” atau “Ruang Guna Sama The One”.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2023
As salam, saya sedang membuat penulisan tesis. Terdapat term statistik yang saya tidak pasti terjemahannya dalam Bahasa Melayu iaitu: Autoregressive Distributed Lag (ARDL) Co-Integration Framework Mohon bantuan. Terima kasih.Berikut ialah terjemahan bagi perkataan-perkataan di atas:

i. autoregressive: autoregresif
ii. distributed: teragih
iii. lag: susulan
iv. co-integration: saling menggabung
v. framework: rangka kerja

Cadangan kami sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, Rangka kerja saling menggabung susulan autiregresif teragih. Walau bagaimanapun, susunan perkataan ini boleh diubah suai mengikut makna yang betul dan mengikut konteks penulisan tuan.
Penyemakan dan penterjemahan22.09.2020
Celcom a TM Co.Celcom syarikat TMLain-lain18.05.2007
123

Kembali ke atas