Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coklat 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat.

Lain-lain08.06.2010
1) Terjemahan perkataan "Chocolate malt" yang mana adalah betul? = "Coklat malt" atau "Malt Coklat" 2) Adakah terjemahan betul untuk "chocolate malt coffee" kepada "Kopi malt coklat"?Padanan chocolate malt dalam bahasa Melayu ialah malt coklat dan chocolate malt coffee ialah kopi malt coklat.Istilah06.09.2013
Askm, 1. Kek coklat itu suka saya makan. (betul atau salah) 2. Baju kurung itu dijahit kakaknya. (betul atau salah) kalau betul, mengapa tiada “……dijahit oleh….” 3. Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam. (betul atau salah) 3.1 kalau betul apakah keterangannya. 3.2 kalau betul bagaimana hendak membezakan antara “janji temu” dengan “temu janji”. HARAP DAPAT PENJELASAN DARIPADA PIHAK TUAN SECEPAT MUNGKIN UNTUK SAYA BERI PENJELASAN KEPADA MURID SAYA SEBELUM UPSR BERMULA.1. Ayat ini tidak gramatis, ayat songsang yang betul ialah kek coklat itu saya suka makan.
2. Betul kerana ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama boleh digugurkan. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 489. 
3. Ayat ini tidak gramatis kerana kata sendi nama tidak diikuti dengan farasa nama selepasnya. Perkataan yang betul ialah janji temu.
Tatabahasa04.09.2012
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul?Ayat yang betul ialah:

1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar.
2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan."
3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. 
Tatabahasa24.07.2020
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat berikut : 1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan amat bernas. 2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun. Jika ada, mohon diperbetul. Terima kasih.1. Pada pendapat saya, hujah yang disampaikan olehnya amat bernas.
2. Ana bekerja di kilang coklat itu semenjak berumur 16 tahun.
Tatabahasa10.03.2015
Istilah bahasa melayu bagi: 1)Modelling chocolate 2)Dark chocolate

Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "Modelling chocolate" dan "Dark chocolate". Walau bagaimanapun, padanan yang paling hampir bagi "Modelling chocolate" ialah coklat pembentukan dan "Dark chocolate" ialah coklat pahit.
Istilah20.03.2017
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
1)Puan Kamariah membeli sebiji kek berperisa/berperasa coklat di kedai kek. yang manakah yang betul, berperisa atau berperasa 2) kedua-dua pengantin atau kedua-dua orang pengantin? yang manakah yang betul? 3)seekor lembaga atau satu lembaga??? 4)bagaimana cara untuk kita mengenal pasti penggunaan partikel pun sama ada serangkai atau jarak? contohnya kalaupun atau kalau pun???mana yang betul?? 5) "senantiasa" "sentiasa". yang mana yang paling tepat??1. Kek berperisa coklat.
2. kedua-duanya betul.
3. Satu lembaga.
4. Ada dua cara menulis partikel pun. Partikel pun yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: apa pun;telah pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun dan sungguhpun.
5. Kedua-duanya betul.
Tatabahasa07.05.2013
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah:
1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu
2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.
Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata.

Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat.
Tatabahasa03.10.2014
1.) apakah perkataan yang betul untuk CHOCOLATE RICE dalam bahasa melayu?Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk chocolate rice dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan coklat urai.Istilah05.07.2011
12

Kembali ke atas