Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.mél] | چوميل

Definisi : /comél/ 1 cantik dan menarik (ttg kanak-kanak): Bayi itu sangat ~. 2 cantik dan manis (ttg gadis atau wanita); kecil molek. 3 kecil dan cantik (ttg benda, binatang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.mél] | چوميل

Definisi : /comél/; mencomel mengeluarkan kata-kata atau ucapan yg tidak tentu biji butirnya; berleter; merungut. mencomeli berleter kpd; meleteri; mengomeli. comelan apa-apa yg di­leterkan; kata-kata yg tidak tentu biji butirnya; leteran; sungutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata comel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul?1.Kanak-kanak di tadika comel-comel belaka.2.Kanak-kanak di tadika comel-comel.Ayat yang betul ialah "Kanak-kanak di tadika comel-comel".Tatabahasa04.05.2014
Pemuda yang comel serta kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis belasan tahun di desa itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerkataan gadis tidak perlu digandakan. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Saya menamai kucing itu sebagai Si comel. 2. Saya memberi Si Comel makanan dan minuman setiap hari.Kedua-dua ayat adalah betul.Tatabahasa01.09.2014
Kucing itu sungguh comel sekali.Soalannya berbunyi: adakah kita boleh menggunakan sungguh dengan sekali bersama-sama? Bolehkah tuan/puan/cik memberikan maklumat yang terkini tentang kata penguat?Terima kasih.Kata penguat sungguh boleh digunakan untuk ayat sungguh comel sekali.Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai kata penguat boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 247.Ejaan30.03.2005
1. Mengapakah ayat ini salah?-Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat? 2. Bolehkah kita menggunakan ayat ini -Kanak-kanak itu comel belaka?Ayat yang betul ialah:
"Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat."
"Kanak-kanak itu comel belaka."
Tatabahasa22.02.2022
Assalammualaikum. Saya hendak mendapatkan kepastian untuk mengira patah perkataan di dalam teks. Kata nama seperti si Comel, Encik Ali, Pak Man, kim wah dikira sebagai berapa patah perkataan? Terima kasih.As salam,

Papah perkataan dikira seperti berikut ;
si comel = dua patah perkataan, Encik Ali = dua patah perkataan, Pak Man = dua patah perkataan dan Kim Wah = dua patah perkataan
Tatabahasa18.02.2013
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin.

i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan.

ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin"

Tatabahasa08.08.2011
1. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. 2. Cikgu Faridah seorang yang baik hati. 3. Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Ada guru yg memberikan jwp spt berikut: ayat 1 : FN+FN ayat 2 : FN + FA ayat 3 : FN + FS Pd pendapat saya, yg betul ialah: ayat 1 : FN + FK (kerana bernama ialah kata kerja) ayat 2 : FN + FN (subjek ialah Cikgu Faridah, FN; predikat ialah seorang yg baik hati, FN juga. Jika ayat ialah "Cikgu Faridah baik hati", maka pola barulah FN + FA) ayat 3 : FN + FN (predikat ialah guru di ...., iaitu FN). Jika ayat ialah "Cikgu Faridah di SMK Taman Universiti 2", barulah FN + FS. Harap pihak tuan dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. Drp: Cikgu ChowPenerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa18.08.2015
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa30.07.2015
Adakah ayat ini betul? 1) Anak-anak melambangkan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali. 4) Jam tangan Ying berfungsi untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa Elemental Fusion sepenuhnya.Ayat yang betul ialah: 
1) Anak-anak merupakan permata buat ibu bapa.
2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab.
3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali
4)  Jam tangan Ying digunakan untuk mengawal kuasa manipulasi masa.
5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa pelakuran semula jadi sepenuhnya.
Tatabahasa07.07.2022
123

Kembali ke atas