Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slash 4. slit in garment, belah; 5. oblique, garis /condong, miring/: DBP, ~ three five four, ~ one, DBP, garis condong tiga lima empat, garis condong satu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
socialistic adj condong ke arah sosialisme: he accused the party of being ~, dia menuduh bahawa parti itu condong ke arah sosialismeKamus Inggeris-Melayu Dewan
italicsn huruf condong, italik: the quotation is printed in ~s, petikan itu dicetak dlm huruf condong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inclinedadj 1. slanted, condong; (of road) menurun: an ~ plane, satah condong; a steeply ~ road, jalan yg menurun dgn curamnya; 2. have preference for, cenderung: mathematically ~, cenderung dlm matematik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inclinevi 1. lean, condong: the post ~d to the left, tiang itu condong ke kiri; 2. slope, menurun: the road ~s towards the sea, jalan itu menurun hala ke laut; 3. bend, membongkok: he ~d forward to whisper in her ear, dia membongkok utk berbisik di telinga gadis itu; 4. a. be disposed (to do st or to particular belief etc) cenderung: some extremist socialists ~ towards Communism, sesetengah sosialis pelampau cenderung ke arah fahaman omunis; b. be disposed (towards particular state) mudah: he ~s to get tired easily, dia mudah letih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
italicadj n (printing) huruf condong, italik: the phrases are in ~ type, rangkai kata dlm taip huruf condong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lean 1 vi 1. incline, condong, senget, sendeng: the fence post ~s slightly to the left, tiang pagar itu condong sedikit ke kiri; 2. usu ~ against, rest for support, a. (of person) bersandar: the little girl ~ed against her mother, budak perempuan itu bersandar pd ibunya; b. (of thing) tersandar pd: the ladder was ~ing against the wall, tangga itu tersandar pd dinding;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lean 1 vi 1. incline, condong, senget, sendeng: the fence post ~s slightly to the left, tiang pagar itu condong sedikit ke kiri; 2. usu ~ against, rest for support, a. (of person) bersandar: the little girl ~ed against her mother, budak perempuan itu bersandar pd ibunya; b. (of thing) tersandar pd: the ladder was ~ing against the wall, tangga itu tersandar pd dinding;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askewadj 1. twisted to one side, herot: his nose is ~, hidungnya herot; 2. at an oblique angle, senget, miring; (of tall, narrow sturucture) condong, miring; (of tree) condong: a pergola that is ~, punjung yg senget; an ~ lamp post, tiang lampu yg condong; since the storm a number of the trees are ~, sejak berlakunya ribut itu beberapa batang pohon telah menjadi condong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slant n 1. slope, oblique position, (of st vertical) kecondongan, kemiringan, condong, miring; (of st horizontal) senget; (of roof) menurun; (of light, beam) kecondongan, condong:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas