Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?)

1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung.

2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan.

3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur.

4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 

5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang.  

6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 

7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. 

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. 

Tatabahasa21.10.2011
Nama akhbar seperti Utusan Malaysia, Kosmo, perlu ditulis condong ataupun tidak. Artikel dalam akhbar itu pula perlu ditulis bagaiman? Perlu condong juga ataupun tidak. Terima kasih.Dalam petikan ejaan nama akbar ditulis dengan hururf condong, begitu juga dalam petikan yang bersumberkan media cetak ejaan nama tajuk ditulis dengan huruf condong.Ejaan16.08.2012
Apakah kata tanya yang sesuai bagi soalan di bawah: ___________ ketinggian Menara Condong Teluk Intan? 25.5 meter ialah ketinggian Menara Condong Teluk Intan.Kata tanya yang sesuai ialah Berapakah ketinggian Menara Condong Teluk Intan?Tatabahasa10.10.2023
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan condong. Adakah perkataan google drive, microsoft word,power point dan sebagainya perlu ditulis condong dan huruf besar?adakah ia merupakan kata nama khas? mohon pencerahan.Wassalam,

Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Drive, Microsoft Word dan Power Point.
Lain-lain21.02.2018
Apakah perkataan yang sesuai "depan" atau "hadapan" untuk ayat berikut: Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke air? Perlukah dimasukkan perkataan "dalam" sebelum perkataan "air"? Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke ______ air?Kata "depan" dan "hadapan" sama maksudnya.  Oleh itu, penggunaan mana-mana satu daripada perkataan tersebut adalah betul. Ayat yang betul ialah Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke dalam air.Tatabahasa29.10.2014
Adakah perkataan Google Form, Google Classroom perlu di tulis secara condong?Frasa "Google Classroom dan Google Form" merupakan kata nama khas dan tidak perlu ditulis condong.Lain-lain07.08.2023
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic)1. Konsep 'Klik dengan Bijak'
2. Internet
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tatabahasa11.12.2012
Saya ingin bertanya, nama kertas kerja, atau, tajuk buku, dalam bahasa Inggeris, perlu ditulis dengan huruf condong dan tanda petik' '., ataupun hanya perlu menggunakan salah satu sahaja, iaitu huruf condong atau tanda petik. Contoh, ...the research products submitted, 'In-House Fabricated Cost Effective...'Untuk maklumat, terdapat perbezaan cara penulisan  tajuk antara kertas kerja dengan buku yang telah terbit. Untuk kertas kerja, digunakan tanda "/". Contoh: "In-House Fabricated Cost Effective". Manakala untuk buku yang telah terbit, tajuk perlu dicondongkan. Contoh: In-House Fabricated Cost Effective. Lain-lain07.09.2015
1. perkataan atau istilah "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong ataupun seperti biasa? 2. adakah betul ejaan bagi perkataan "al-hilah al-syar'iyyah"? Perkataan "al-hilah al-syar'iyyah" ditulis secara condong kerana istilah tersebut dipinjam daripada bahasa asing (bahasa Arab) dan ejaannya betul.Istilah08.03.2018
Adakah kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu perlu ditulis secara huruf condong (italik)?Kata nama khas bahasa Inggeris dalam penulisan dokumen rasmi bahasa Melayu tidak perlu ditulis secara huruf condong/italik. Ejaan25.11.2022
12345678910...

Kembali ke atas