Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.dong] | چوندوڠ

Definisi : 1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condong

Puisi
 

Bukan saja condong ke dulang,
     Saya tak mahu condong ke desa;
Biar saya berputih tulang,
     Saya tak mahu berputih mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Condong yang akan menimpa.

Bermaksud :

Perbuatan yang sangat membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Melayu yang konsepnya ditakrifkan dalam buku ini. 2. Semua entri dalam kamus ini diberikan dalam bahasa Melayu dan padanannya dalam bahasa Inggeris. Padanannya diletakkan dalam tanda kurung dengan menggunakan huruf condong: abjad songsang (Ig. inverse alphabet; Br. abjad songsang; Id. abjad balik) keselamatan Internet (lg. Internet security) pintu belakang (Ig. back door; Br. pintu belakang; Id. pintu belakang) zon bebas tentera proses ini. Sebagai alternatif, satu kekunci sahaja boleh digunakan untuk proses pertama dan ketiga dan satu kekunci lain digunakan untuk proses kedua. Lihat juga Piawai Penyulitan Data (DES). 2. Huruf Condong Huruf condong digunakan dalam hal-hal yang berikut: (a) Padanan istilah dalam bahasa asing pada entri. (b) Penanda singkatan seperti Ig. bagi bahasa Inggeris. (c) Penanda rujuk silang seperti Sinonim

Kembali ke atas