Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cong.ka/] | چوڠکق

Definisi : sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cong.ka/] | چوڠکق

Definisi : sj binatang spt kerang atau lokan; jenis-jenisnya: ~ baiduri, ~ kedah, ~ putih dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cong.ka/] | چوڠکق

Definisi : sj permainan yg meng­gunakan kayu bujur yg berlubang-lubang dan buah-buahnya drpd biji saga (buah gorek, kulit lokan, dll), atau lubang-lubang yg dikorek di tanah; buah ~ biji saga (buah gorek, kulit lokan, dll) yg digunakan dlm permainan congkak; papan ~ kayu bujur berbentuk spt sampan dan berlubang-lubang yg digunakan utk permain­an congkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cong.ka/] | چوڠکق

Definisi : berperasaan tinggi hati; sombong; bongkak. kecongkakan keadaan atau sifat congkak; kesombongan; kebongkakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cong.ka/] | چوڠکق

Definisi : permainan dgn biji-bijian (biji getah, biji saga dll) yg ditaruh dlm lubang-lubang di tanah atau lubang-lubang pd kayu yg dibuat spt sampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata congkak

Peribahasa

Bak orang gombang di lebuh.

Bermaksud :

Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna. gombang = elok; lebuh = jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih.Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa13.09.2011
Yang manakah betul? Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional ATAU Congkak adalah salah satu jenis permainan tradidional.Yang betul ialah - Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional.Tatabahasa06.05.2010
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010
Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tak ada khabar darimu. Rindu akan saat-saat kami bermain sama main guli main gasing main congkak main teng-teng main layang-layang main batu seremban Penulisan prosa di atas ini terdapat apa-apa kesalahan? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan.Cadangan penggunaan bahasa yang betul ialah:

"Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tiada khabar daripadamu. Rindu akan memori kita bersama bermain guli, gasing, congkak, teng-teng, layang-layang dan batu seremban."
Tatabahasa17.05.2022
Salam sejahtera, nak tanya tentang ayat-ayat berikut adakah betul. 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. (atau Jangan bimbang, semua akan baik-baik belaka.) 2. Petang masih terdapat sebuah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang Utara. (Adakah Utara kata nama khas, perlu huruf besar?) 4. Dia datang dari Utara. Terima kasih jawapan anda!Ayat yang betul:

1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa.
2. Pada waktu petang masih terdapat pertandingan congkak. (Masukkan nama pertandingan)
3. Bapa saya ialah orang utara
4. Dia datang dari utara
Tatabahasa24.06.2019

Kembali ke atas