Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmd43. BBF Baca bahan berfeadah / 44. GABTs Guna alat bantuan penulisan / / 45. TBM Tidak buang masa / 46. TBB Terjemah bahan bacaan / 47. WKP Wujudkan kumpulan perbincangan / 48. BKC Baca karangan contoh / 49. PMTTs Peruntuk masa tingkatkan penulisan / / 50. GTTTs Guna teknik tingkatkan penulisan / / / 51. PBP Pinjam buku perpustakaan / 52. BSC Buat sinopsis cerita / 53. TPF Tulis perkara berfaedah / 54. TsGAL Tulis pelajar lelaki sebagai satu cara menguasai sesuatu kemahiran BM dengan baik. Pola motivasi ini didapati banyak digunakan oleh sesetengah PCL seperti DPC, DPF, IBK, BBF, TPF, DK dan MRK. Sebagai contoh, strategi DPC (mendengar pakar cakap), IBK (mengikut budaya keluarga), MRK (meminta restu keluarga), DPF (mendengar perkara berfaedah) dan lain-lain merupakan SPB yang memberi motivasi kepada segelintir PCL bagi menguasai http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=22&hits=843+c5b+ca2+cc0+cee+d33+d67+d8d+daa+1230+1333+152f+1579+15a8+15c0+1607+1624+165c+1704+1962+19c5+1a0a+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminpeperiksaan tersebut, terutamanya bagi peperiksaan UPSR dan PMR . Keputusan peperiksaan bagi kedua-dua peperiksaan bagi tahun 1996-2000 menunjukkan bahawa pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam semua mata pelajaran. Sebagai contoh, perbezaan peratus kelulusan bagi peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris, masing-masing adalah antara 5.93 – 10.51 peratus dan 9.08 – 25.61 peratus (Rajah 1 dan pembelajaran berbanding dengan guru lelaki. Berdasarkan dapatan ini dapat dirumuskan bahawa guru perempuan melaksanakan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus kepada peperiksaan dengan mengajar menggunakan buku kerja, contoh-contoh soalan lepas dan sebagainya berbanding guru lelaki. PERBINCANGAN Secara umum dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih berjaya dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan beberapa faktor penting http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=609+12fe+12ff+

Kembali ke atas