Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan contoh-contoh perkataan sanskrit. Bincangkan.Contoh perkataan Sanskrit ialah anugerah, bahagia dan derhaka. Apakah yang dimaksudkan dengan "bincangkan"? Sekiranya ini merupakan tugasan di institusi pendidikan tuan/puan, sila buat rujukan melalui bahan bacaan seperti Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang berkaitan. Tuan/puan juga boleh membuat carian melalui Internet bagi membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan tuan/puan.Lain-lain29.08.2023
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan, apakah terjemahan yang betul untuk kata jamak "identity card numbers" dan "specimen signatures"? Adakah "nombor kad pengenalan - nombor kad pengenalan" atau "nombor-nombor kad pengenalan" atau "nombor kad pengenalan - kad pengenalan"; dan "contoh tandatangan -contoh tandatangan", "contoh-contoh tandatangan" atau "contoh tandatangan-tandatangan"? Selain daripada itu, carian keputusan Khidmat Nasihat menemukan saya dengan dua nasihat berbeza mengenai ejaan "jangka masa"; nasihat pada tahun 2009 mengeja secara rapat manakala nasihat pada tahun 2011 serta 2018 mengeja secara terpisah. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:
a. nombor-nombor kad pengenalan dan contoh-contoh tandatangan.
b. jangka masa
Tatabahasa31.03.2021
Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru?Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. Tatabahasa30.11.2020
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan mengenai perkataan pernyataan, penyataan dan kenyataan dengan contoh-contoh tertentu. Peter Johnson

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Pernyataan” ialah kata-kata dan sebagainya yang menyatakan sesuatu, pemberitahuan pemakluman. Selain itu, pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Contoh ayat,  “Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dgn pernyataan klasik ahli linguistik tempatan”. “Penyataan” pula bermaksud perbuatan menyatakan. Sebagai contoh, “Kesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi adalah penyataan daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat”. “Kenyataan” pula bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan. Contoh ayat, “Perdana Menteri membuat satu kenyataan penting melalui radio malam ini”. Sekiranya saudara mempunyai persoalan yang lainsaudara  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".


Lain-lain24.01.2022
PENGGUNAAN KURUNGAN DI DALAM PENULISAN RASMI Contoh 1: ______(Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera))______. Contoh 2: ______[Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)]______. Betul atau tidak contoh-contoh penggunaan kurungan ayat di atas. Jika salah, mohon perbetulkan cara penggunaan yang betul. Terima Kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah [Percetakan (Dikhas kepada Syarikat 100% Bumiputera)].Lain-lain04.01.2021
Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini? Bagi contoh-contoh ayat di bawah, perkataan mana yang betul? (1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan atau perisikan .... (2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran, risikan atau perisikan lanjut ... (3) Pegawai risikan atau perisikan (4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan risikan atau perisikan lanjut juga perlu dilakukan...

Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

Perisikan ialah perihal kegiatan dan sebagainya, manakala risikan ialah usaha menyiasat dan menyelidik secara rahsia atau  dengan cara sem­bunyi-sembunyi. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

(1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan.

(2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran dan perisikan lanjut...

(3) Pegawai perisik

(4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan perisikan lanjut juga perlu dilakukan...

Tatabahasa08.04.2022
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
salam, ada beza tak penggunaan 'digantikan oleh' dan 'digantikan dengan'? jika ada, mohon jelaskan dan berikan contoh-contoh. terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan dan membawa maksud yang sama.Tatabahasa19.05.2022
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas?

Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya:

i.    1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan.
2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 
3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua.
4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya.
5. 
Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
6. Bunga itu merah kesemua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035.

i

iv

Tatabahasa22.08.2023
Salam pihak DBP, Bolehkah brumation (A lethargic state in reptiles and in some other animal species [e.g. bears], somewhat analogous to hibernation but not the same.) diterjemahkan kepada brumasi? Ini merujuk kepada contoh-contoh lain seperti hibernation, configuration dan sebagainya. Sekiranya perkataan English berakhir dengan -tion belum direkodkan, bolehkah diterjemahkan terus dengan akhiran -si atau perlu dikekalkan dan diitalikkan terlebih dahulu sehingga ia direkodkan?Boleh menggunakan padanan bahasa Melayu brumasi.Perkataan English yang berakhir dengan imbuhan -tion dan belum digubal perlu dibincangkan terlebih dahulu dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengutamakan bentuk bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Pembentukan Istilah terlebih dahulu sebelum memilih kaedah penyerapan kata daripada bahasa Inggeris. Istilah08.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas