Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
transducer  Peranti elektronik yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain untuk pelbagai tujuan termasuk pengukuran atau pemindahan data. Contoh transduser ialah transduser ultrasonik, transduser suhu (contoh termogandingan), transduser piezoelektrik dan transduser tekanan.
ferromagnetic material  Bahan yang mempunyai sifat kuat menarik daya magnet. Contoh bahan feromagnet ialah besi, nikel, gadolinium dan kobalt.
spin transport  Perpindahan elektron antara dua bahan yang orientasi spinnya kekal. Contoh bahan tersebut ialah heterostruktur superkonduktor-feromagnet, logam bukan magnet-feromagnet atau semua bahan semikonduktor yang salah satunya terdop dengan unsur bahan magnet. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan peranti spintronik untuk pemprosesan maklumat atau penstoran data.
cryoscopy  Kaedah untuk menentukan berat atau kepekatan sesuatu molekul dalam sampel biologi (contoh sampel darah, air kencing, tumbuhan, dan sebagainya) dengan melarutkan sampel dan kemudian mengukur takat beku larutan.
etching technique  Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik.
nanoswitch  Suis bersaiz molekul yang mampu melaksanakan tindakan buka dan tutup sistem elektronik pada skala pikosaat. Contoh proses nanosuis ialah kesan penerowongan, fotokimia, perubahan bentuk, dan kesan pemagnetan.
cryo-ultramicrotom  Alat yang digunakan untuk menyediakan lapisan tipis sampel dengan permukaan yang rata dan berkualiti. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia.
Raman spectroscopy  Kaedah spektroskopi getaran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang getaran molekul dan struktur bahan hablur. Contoh spektroskopi Raman mineral.
amorphous material  Bahan yang tidak menunjukkan sifat struktur hablur dan tidak mempunyai susunan atom yang teratur. Contoh bahan amorf ialah silikon amorf/amorfus (a-Si).
scanning thermal profiler (STHP)  Alat yang digunakan untuk merekod dan menginterpretasi suhu sampel melalui proses rawatan haba. Contoh alat pembukah ialah silikon mikromesin termo pembukah.
123456

Kembali ke atas