Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
demonstratetunjuk ajarKejuruteraanTiadaMenunjukkan dengan jelas dan menerangkan dengan menggunakan uji kaji, contoh-contoh paparan atau pembuktian matematik.
graphical browserpelayar grafikTeknologi MaklumatTiadaSejenis atur cara yang membolehkan pengguna melihat teks dan imej semasa melayari Internet. Mosaic merupakan antara pelayar grafik yang pertama pada awal tahun 90-an. Kedua-dua Internet Explorer dan Netscape Navigator merupakan pelayar grafik. Contoh-contoh pelayar grafik lain ialah Safari dan Mozilla.
counter-examplecontoh penyangkalMatematikTiadaContoh yang menafikan kebenaran sesuatu pernyataan.
date-stamp specimencontoh cap tarikhPentadbiran PerniagaanTiadaContoh cap tarikh dalam buku cap tarikh sebelum urusan penggunaannya bermula pada hari bekerja.
essayreka bentuk contohPentadbiran PerniagaanTiada1. Reka bentuk contoh: Reka bentuk setem yang telah dihasilkan tetapi belum dicetak dalam bentuk setem.
sample itembarang contohPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang dijadikan contoh untuk panduan pelanggan.
sample makerpembuat contoh pakaianKesenianTiadaOrang yang bertanggung jawab membuat contoh pakaian yang dibuat oleh pereka fesyen sebelum dibuat secara besar-besaran.
sample cutfabrik contohKesenianTiadaFabrik yang berukuran 3 hingga 5 meter untuk dijadikan contoh pakaian oleh pereka fesyen, sebelum pakaian tersebut dibuat secara besar-besaran.
answer printcetak contohPendidikanTiadaTera pertama filem yang menggabungkan imej dan bunyi yang menjadi contoh tera sebenar untuk ditayangkan.
postage stamp essayreka bentuk contohPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos reka bentuk yang dijadikan contoh tetapi tidak digunakan apabila pindaan telah dibuat.
12345678910...

Kembali ke atas